Tuesday, November 24, 2009

Sekali-sekala bicara soal cinta

Sekali-sekala bicara soal cinta. Kegemaranku menatap profile Paolo Coehlo di facebook gara-gara qoutenya yang begitu bernas sekali. Bukan suatu yang menghairankan kerana beliau antara Peng'tweet' paling popular di dunia kala ini. Tiada niat untuk bercerita lebih lanjut tentang siapa beliau, semua sudah kenal ku kira cuma mahu berkongsi ini

"In real love you want the other person's good. In romantic love you want the other person."

Agak sahih juga kenyataan itu. Pokoknya kita kadangkala tidak dapat membezakan antara kedua-duanya. Jadi, tepuk dada tanya iman. Yang benar itu datangnya dari Yang Benar juga.

Semalam lepas aku tertengok filem klasik P.Ramlee, Ibu Mertuaku yang terbit tahun 1962. Tidak dapat menahan godaan yang terbit dari kebosanan selepas berjam-jam menelaah sebijik buka, aku tengok juga sampai habis. Terlalu tragis dan sedih sampai mengalir air mata tangisku terutamanya saat Tan Sri P Ramlee mendendangkan 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti'. Seriau pun ada tapi aku cukup pasti lagu, lirik dan nyanyian itu memang tulus datang dari hati yang menanggung penderitaan (google kisah hidup P Ramlee kalau rasa ingin tahu anda tinggi!)..
Terlalu menikam perasaan lagu tersebut sampai aku rasa tidak patut kita menyalahkan mereka yang menangisi kehilangan...

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama


Sekian


Thursday, November 12, 2009

The most difficult profession

Just face it! Teaching profession can at times make you feel so not good about yourself. All my life I dream of being a great person.. Someone great benefits a great amount of people whose presence is of an utmost importance but the truth is I feel so not good about myself when I see my students display insignificant improvement in terms of their academic and attitude..

I just wish that those doctors and engineers friends of mine could see the reason why they shouldn't say that being a teacher is easy. It is indeed the most difficult profession. I'd rather choose writing a book than teaching these kids if I want to have an easy and less complicated life.