Tuesday, April 13, 2010

Pandangan Sempit

Melarikan diri dari kenyataan bukannya mudah. Adat hidup adalah, kenyataan itu sesuatu yang harus dihadapi.

Aku ingin lari. Hipokrasi berlegar di sekelilingku. Duniaku yang dulunya aku pandang positif dari segenap segi, ibarat kanak-kanak 'innocent' kini ku anggap pentas yang penuh dengan boneka dan pelakon-pelakon. Kata Shakespeare 'Life is a stage, and we are its players'. Aku benci aku sudah mula skeptik dengan mereka yang sudah mula ku anggap pelakon ini. Aku benci kerana ini adalah petanda samada dunia ku telah berubah atau AKU yang sebenarnya berubah kerana mula mencirikan dunia yang besar ini dengan skala yang begitu mini. Inginku memandang dunia ini seperti dulu. Putih, bersih dan hanya yang indah-indah sahaja. Namun, hatiku terlampau kotor untuk itu.

Tak mungkin aku dapat lari. Jadinya aku cuma mampu melarikan diri ke dalam buku-buku dan pertemuan-pertemuan dengan anak-anak didikku yang masih memandang dunia ini dengan pandangan bersih.

0 comments: