Thursday, July 01, 2010

Mensyurgakan Neraka

Dunia ini bukan syurga. Tetapi magiknya, ada segelintir hamba-hamba Tuhan yang mampu menjadikan dunia yang penuh dengan kepahitan kepada syurga yang indah. Dunia mempersembahkan kepada mereka segala perkara-perkara yang tidak mereka gemari, tetapi mereka masih mampu tersenyum.

Saya bukan orang ini. Saya ingin seboleh mungkin menanggapi neraka yang saya miliki sebagai sebuah syurga yang indah. Perasaan penghuni-penghuni syurga yang belum sekalipun menjejak taman syurga sebenar.

Bukan mudah untuk mempelajari seni ini. Tetapi kita semua harus. Caranya? Akan dicoret di sini sebaik saja saya temuinya semua. Anda semua pun mesti mencari caranya. Mungkin untuk yang punya segala akan merasakan tahu caranya, tapi letakkan diri anda dalam situasi di mana anda kehilangan segala-gala dalam hidup, pasti mahu tak mahu anda terpaksa mencari jalannya. Pelajaran terbaik adalah daripada penderitaan.