Ada segolongan umat manusia, begitu mencintai Allah hinggakan sebarang ujian, musibah diterima dengan penuh rasa bahagia. Cinta kepada Allah begitu mendalam hingga mereka redha dan gembira menerima apa sahaja yang ditentukan oleh Tuhan.
Ini dibuktikan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” - (Maksud al-Hadis)
Ya Tuhan, anugerahkan dalam hati ini rasa cinta yang mendalam kepada-Mu.
That's what I really need.... Teruskan berkenalan dengan Tuhan walau hingga hujung nyawa
1 comments:
sahabat sejiwa, apabila kau diuji percayalah Allah sedang memilih engkau untuk ditarbiah, yakinlah dengan kasih sayang dan kelembutanNya, dan Allah sesungguhnya tidak akan menelantarkanmu.
Damailah wahai qalbu terkasihku
*hugs
Post a Comment