Monday, January 29, 2007

Mencari Seorang Pembuka Kota
Kedua-dua mereka; seorang hujung belasan dan seorang lagi lewat 20-an memandang tepat kepada saya. Pada sinar-sinar lampu neon berkelip itu, wajah mereka terukir dengan ira-ira kehairanan.
“Ya! Ya! Sang Penakluk … yang muda,yang belia seperti kalian!” Sayamengulang kata. Serius! Air wajah saya mengapung makna-makna kesungguhan.
“Ya. Ya. Saya mencari Al-Fatih!”Bersungguh. Keazaman bertebaran pada seluruh bicara saya di tengah-tengah manusia berisik menanti detik tahun baru. Dengung manusia dengan nyanyiandan lagu-lagu itu setali mencucuk gegendang indera dengar.Kedua-dua mereka; seorang yang sedikittua bertubuh sasa, sedang yang muda belia itu bertubuh sedikit ayu, layak-layak seperti seorang gadis comel itu,saling berpandangan antara mereka.
“Orang gila nih, pergi kau!” Jerkah yang sedikit tua dengan baju ketat menampakkan otot muda yang berurat hijau. Yang sedikit muda itu memaut manja batang tengkuk temannya yangseorang lagi, langsung dikucupnyadengan penuh selera dan nafsu serakah.Seperti sepasang suami isteri sahajalayaknya. Tanpa segan. Tanpa silu.Tanpa selindung-selindung lagi!Sejenak itu, mata saya jadi terbeliak.Bulat. Hampir mahu terbersil darirongga mata. Pelik menjarahi segenapindera fikir, “Ini hanya kelakuan pada zaman-zaman kenabian Luth sahaja…” Saya tergaru-garu pada urat-urat yang tidakgatal. Kelibat budak berdua itu sungguh-sungguh mengaibkan.
“Saya mencari pembuka! Saya mencari penakluk! Saya mencari Al-Fatih!”
Saya terus menjerit, meluntang-lantung meredah lautan manusia yang duduktercatuk-catuk di sana sini. Sesekalimanusia yang melaut itu, menoleh-nolehpada saya. Memandang sinis.Membeliakkan anak mata. Menjuih hujungbibir. Saya tak kisah - saya mencari seorang pemuda pembuka kota!
“Tuan-tuan yang mulia ….” Saya betul-betul membelakangi Masjid As-Syakirin yang kian senyap itu. Betul-betul diatas tangga masjid di tengah-tengahlaman taman KLCC yang luas dan penuhdengan manusia yang pelbagai itu.KLCC, mercu tanda berkembar negara ini,umpama sepasang batu nisan yangberbicara - kesantunan sudah nazak,kemanusiaan menanti saat untuk ditalkinkan! KLCC, tubuh berkembar yang pernah mengungguli menara tertinggi dunia ini sedang bercahaya dengan hiasan-hiasan neon, sedang khalayaknya ramai-ramai berlumus dengan onar dan mukah.
Seorang lelaki separuh abad baru sahaja menutup pintu Masjid as-Syakirin disisi kiri KLCC. Saya mengelih sekalipadanya yang berjubah putih, “Mungkin bilal masjid, agaknya!”“Apakah kalian kenal akan Al-Fatih,anakandanya Sultan Murad?” Sayamenjerit sepenuh kudrat. Lagak sepertiseorang wakil raja yang menyampaikanperutusan diraja pada anjung istanapada marhaen nan ramai.Saya berjeda seketika. Suara khalayak kecil yang mendepani saya kedengaran berbisik-bisik, bersoseh-soseh, “Siapa Al-Fatih itu, pak cik?” Seorang anak kecil yang ditemani bondanya tiba-tiba menjerit di celahan manusia dewasa yangramai. Bondanya lantas mengatup mulutnya yang lincah bicara itu.Cubitan halus singgah di peha kanannya.Dia mengaduh.
Saya meneguk sisa-sisa air liur. Sayamencari tenaga tambahan untuk berteriak lagi, berteriak mencari Al-Fatih, “Ya. Al-Fatih itu pada usianya yang ke-19 tahun sudah memimpin bala tentera yangratusan ribu langsung menawan kota Constantiple dari sang penguasa Byzantines ….”“Apa orang gila nih sedang merepek?”Seorang khalayak yang terhuyung-hayang dan berbicara seperti orang mabuk menjerit dari tangga masjid yang palingbawah. Matanya merah berair. Ditangannya, air bertin hijau, masih berbuih putih.“Kami datang sini bukan nak dengar kau merepek, tapi kami datang nak berhibur. Santai-santai, ringan-ringan ….” Dia ketawa berdekah. Memaut pinggangseorang gadis comel berskirt sekerat paha dan berlalu ke tengah taman KLCCyang padat.
“Pak cik, kenapa mesti Al-Fatih? Untuk apa?” tukas anak kecil yang bersoaltadi sekali lagi. Ibunya mencebik bibir menahan geram yang kepalang. Saya tersenyum. Lelaki tua yangberjubah putih, beruban putih sikit-sikit, berjanggut putih santak ke dada yang baru keluar dari pintu masjid pun ikut tersenyum. Dia kelihatan mengangguk-angguk. Dari aura jernih wajahnya, dari susun atur langkahnya,saya dapat mengesan, dia seorang berilmu.
“Kalian … kita memerlukan anak muda seperti Al-Fatih itu. Pemimpin yang zuhud dan taat, langsung memimpin kalian menuju segala aspirasi, impian nusa….”Kemudiannya saya terdiam beberapa ketika. Indera lihat meleret pada sekumpulan anak muda di belakang khalayak kami yang berdirian di tangga-tangga masjid. Anak muda jantan betina berpakaian jaket kulit hitam itu denganmuka berceloreng hitam itu membuathingar. Seorang jantan dengan rambut berbalung ayam kelihatan sedangberdakapan dengan seorang anak betina dengan anting-anting bergayutan dikedua telinganya.“Apa kalian meyakini … anak muda seperti khalayak itu mampu melunaskan aspirasi-aspirasi perdana, wawasan 2020yang unggul itu contohnya? Jawapannya tidak! Kita perlukan seorang anak muda seperti Al-Fatih itu!” Saya terus berceritera tentang Al-Fatih yang sayacari-cari di tengah khalayak yang ghalib itu.
“Berambus kau!” Seketul tanah sebesaribu jari singgah ke pipi saya. Seorang gadis berambut perang, berdengus kasar dengan wajahnya bersut amat. Dadanya yang terdedah luas menampakkan payudaranya yang putih dan gebu itu kelihatan naik berombak-ombak,menampakkan kemarahannya yang membuak-buak.Tiba-tiba saya jadi sebak. Saya terbayangkan sesuatu. Saya teringat kan sesuatu yang lama berlalu, 1427 tahun yang terlalu lampau. Peristiwa kekasih-Nya yang berdakwah di bumi Taif dan dihujani anak-anak kecil dengan anakbatu. Lalu wajah kekasih Allah yangmulia itu berdarahan luka. Bersakit-sakitan. Saya jadi hiba, kala-kalaterbayangkan keperitan Nabi membawa risalah dakwah yang terpikul atas jemala bahunya. Saya mencapai hujung serban putih berjalur merah menguis-nguis jurai-jurai air mata yang merembes dari sudut mata.
“Tuan, maksud tuan … Sultan Muhammad Al-Fatih? Yang kelahirannya pada 29 Mac 1432 itu, tatkala ayahandanya SultanMurad sedang menekuni permulaan surahal-Fath; “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata?” Lelaki terakhir yang meninggalkan Masjid As-Syakirin, yang wajahnya bercahaya bagai purnama lima belas itu bersuara tiba-tiba.Saya tersentak, kehibaan mengenangkan susur-galur keperitan Nabi tadi terpancung tiba-tiba. Seraya warna-warna cerlang menyeluruhi wajah saya, “Ya … ya! Kita perlukan orang muda yang sejiwa Sultan Muhamad Al-Fatih yang memimpin tentera Turki itu….”
“Hoi! Hoi! Pesta tahun baru sudah hampir bermula! Bila-bila masa sahaja kita akan mulai mengira detikperalihan. Ayuh, persetankan orang tua yang gila nih….” Langsung khalayak ditangga-tangga masjid itu segera bubar.Yang jantan saling berkepit, yangbetina saling merengek. Dan pada celahan manusia yang ghalib mahu mengira jam berdenting dua belas itusegerombolan syaitan berbondong-bondongketawa berdekah-dekah, “Haha … janji kita untuk kesesatan anak cucu Adam ini akan terlunas jua pada malam bertuah bernama tahun baru ini … haha.”
Saya terduduk di tangga masjid yangkian sunyi. Melongo. Orang tua berjubah putih, beruban putih, berserban putih dan berjanggut putih santak ke dada ikut berlabuh di tangga masjid yangdijamah sepi. Anak kecil yang petah tadi tiba-tiba berlari-lari entah darimana seperti baru terlepas daripada perhatian ibunya yang garang itu,kemudian melantunkan punggung kecilnya di celah-celah kami. Kami bertiga,terdiam di kaki masjid besar yang kian disapa angin-angin malam yang sepi.“Bonda kamu?” tukas saya memecah kesunyian yang melingkari kami. Anak kecil itu menguis-nguis jemari kakinyapada tangga masjid. Dia kelihatan leka bersendirian begitu. Lelaki tua pula kelihatan senang membilang-bilang buah tasbih sambil anak matanya terlempar jauh ke khalayak ramai yang terpekik terlolong menanti detik beralih tahun.
“Entah! Tadi dia mabuk. Minum air syaitan yang berbusa putih itu” Anak itu terlalu jujur, sesenangnyamelondehkan kejahilan bondanya.Sesekali dia menjeling lelaki tua disebelah kanannya yang leka menggentilbiji tasbih.“Pak cik … siapa sebenarnya Al-Fatih itu?” Setelah lama membisu, akhirnya soalan itu terpacul daripada bicara anak kecil yang tidak diketahui namanyaitu. Anak kecil itu kelihatan cukup petah dan mudah mesra. Saya tidak terus menjawab, sebaliknya merenung ke dalam anak matanya yang jernih.“Kamu tahu, lama sebelum kelahiran Sultan Muhamad Al-Fatih, nabi saw pernah bersabda yang bunyinyabegini; “Sesungguhnya Constantinople itu akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”Constantinople, kota yang terkepung pada tiga laut - Selat Bosphorus, LautMarmara dan Perairan Tanjung Emas. Kata-kata Napoleon Bonaparte padaConstantinople - kalaulah dunia inisebuah negara, maka Constantinoplelah yang layak sebagai ibu negara.
“Merdeka! Merdeka!” Seorang pemuda berambut santak ke bahu, dengan baju bercorak bendera Union Jack mengusungJalur Gemilang berlarian melintasi lensa mata kami. Temannya seramai empat orang mengusung bendera Thailand membontotinya, menuju pada riuh-rendahmanusia pada tengah taman. Tiga pasang mata kami menjadi leka memerhatikan lagak manusia-manusia yang gharib sebegitu, menelurkan kebimbangan pada rupa bangsa esok hari.“Ya, lama sebelum kelahiran Al-Fatihpun, sudah ramai cuba menawan kotaConstantinople itu. Mu’awiyah ibni Sufyan misalnya, telah mencubanya pada tahun 34 Hijrah, anaknya Yazid,berselang 13 tahun. Kedua-dua beranak itu gagal. Kemudian, Sufyan Bin Aws pada 52 Hijrah. Kecewa juga. Dan lagi, oleh Salma pada 97 Hijrah, pun tak berjaya. Lagi, semasa pemerintahan Hisham Abdul Malik dan Harun ar-Rasyid,pada tahun-tahun 121 Hijrah dan 182Hijrah. Semua mereka cuba menawan kotahebat itu, demi bergelar ketua terbaik sebagaimana sabda Nabi itu. Malangnya,tak satu pun berjaya …” Saya leka berceritera, sambil-sambil terbayangkanMasjid Aya Sofea yang agung dipinggiran Bosphorus, berkilau-kilau biru menaranya yang gagah itu, sedang pada pemerintahan terkutuk MustafaKamal At-Tarturk, ia dijadikan muzium sejarah. Sebuah sejarah duka orang-orang Turki moden!
Lelaki tua berpakaian serba putihberselang duduknya dengan saya masih diam seribu bahasa, meladeni zikir-zikir yang bersambung. Tengahgelanggang manusia kerepotan menanti tahun baru. Kedengaran tempik sorakyang sumbang, umpama ceritera-ceritera lama; menang sorak, kampung tergadai!“Lalu hanya ketika Sultan Muhammad Al-Fatih baru Islam berjaya menawan kotaConstantinople? Begitukah pak cik?”tukas anak kecil yang mungkin usianya seawal belasan tahun itu, tidak sabar-sabar. Bola matanya nan jernih itumembayangkan kejernihan hati dan mindanya yang persih.
“Pagi 20 Jamadil Awal 857 Hijrah …ketumbukan Rom itu kepalang terkejutnya pabila mendapati 80 kapal besar kamisudah penuh pada perdaerahan mereka….”Lelaki tua tiba-tiba memecahkan diamnya, seraya kami memandangnyadengan hairan.“Siapa sangka, demi melewati TanjungEmas yang awal-awal lagi lautnya sudah disekat dengan bebola rantai besi …kami usung kapal-kapal yang 80 buah ituke daratan. Kemudian aku perintahkan ditebang pokok-pokok sebesar pemeluk ….”
“Tuan, siapakah tuannya yangsebenarnya?” pintas saya lewat kekeliruan yang kian membesar dalam benak minda. Frasa kami dan aku yang terlantun pada bicaranya, benar-benar meruntun semangat ingin tahu - siapakahlelaki aneh ini?Saya menjadi sedikit ragu-ragu. Anak kecil itu kelihatan makin asyik. Tengah gelanggang, manusia kian ghairah menanti sambutan Tahun Baru dengan pesta bunyi-bunyi dan warna-warni bunga api besar, “Tuan, siapa diri tuan sebenarnya?” Tangkai fikir sayatersambar dengan pertanyaan yang rencam.Dia sekadar tersenyum, menampakkan barisan gigi yang putih, “Ya, pokok-pokok yang sebegini besar …” dia menyeringai, menghadiahkan senyuman lagi. Dia langsung tidak mengendahkanpertanyaan saya.“Kami sorongkan satu-satu kapal yang 80 buah itu pada batang pemeluk besar yang sudah diminyakkan. Bukan mudah, iya …dari Pantai Besiktas ke Galata, hampir-hampir tiga batu!” Sungguh-sungguh dia berceritera. Sesekali dahinya berkerut seperti membayangkan sebuah peristiwa lama yang masih hijau dalam kotak mindanya.
“Kalian tahu?” Hampir-hampir serentak antara saya dan anak kecil itu mengelih dirinya yang tua.“Pagi Jumaat 20 Jamadil Awal itu,lembah Galata itu menjadi ripuh. Isi kotanya terpenuh dengan kapal-kapal kami. Kata mereka - Al-Fatih buat keajaiban terbesar! Daratan sudah jadi lautan. Al-Fatih melayarkan kapalnya digunung dan bukannya di ombak lautan! Al-Fatih mengatasi Alexander The Great!“Setelah 54 hari kami mengepung SelatBosphorus, kami menundukkan Byzantines.Rebahlah Constantinople itu pada kebangkitan Islam ….”
“Sepuluhhhh! Sembilaannn!….” Laungan itu singgah juga pada gegendang kami yang berteleku pada tangga masjid.“Ya. Betul! Kita perlukan jiwa-jiwa seperti Al-Fatih untuk memimpin sebuah nusa yang benar-benar merdeka. Kitalah… iya kita! Kita perlu tuangkan roh-roh agama pada acuan-acuan muda,sebagaimana aku dipayungi ilmuwan terhebat zamanku, Asy-Syeikh AkSemsettin, tuan guru yang palingku cintai!” Lelaki tua yang aneh itu terus-terus berceritera, langsung tidakmempedulikan hingar-bingar dan keriuhanmanusia yang mengira detik dua belas terpacak.“…kalau tidak, kita akan kembali tergagau mengisi makna-makna kemerdekaan sebenarnya. Kita, iya kitalah yang perlu mencari orang-orang muda seperti Al-Fatih itu!”
“Selamat tahun baru … hoho.” Tempik yang jantan.“Happy New Year … hoho.” Jerit yang betina.“Apa diharap padi seberang, lebih antah dari isi, apa diharap mudi sekarang,lebih mentah dari menjadi …” ada kehibaan pada hujung sebuah pantun pusaka. Anak kecil itu mengeluh resah.Kami bertiga terus melongo di kakimasjid - mencari jiwa merdeka seperti Al-Fatih itu.
Biodata Addeen Bandarsepi
MOHD Izuddin Mahamad Nazir dilahirkandi Kangar, Perlis dan sangat meminati penulisan kreatif meskipun terdidikdalam bidang Kejuruteraan Mekanikal diUniversiti Ibaraki, Jepun. Beberapakarya beliau pernah mendapat tempat dalam media arus perdana dan kini berkhidmat sebagai Jurutera di SatoBarcode.

Saturday, January 27, 2007

Ketakutan malaikat, makhluk paling perkasa, terhadap Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman:
"...Sehingga apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati para malaikat itu, mereka bertanya, 'apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu itu?' Mereka menjawab, 'perkataan yang benar'. Dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar (Saba:23).
Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari , dari Abu Hurairah r.a, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila Allah menetapkan perintah dari langit, para malaikat memukulkan sayap-sayapnya kerana patuh akan firman-Nya, seakan-akan firman (yang didengar) itu seperti gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu memekakkan mereka (sehingga mereka jatuh pingsan kerana ketakutan). Maka apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: "Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu?". Mereka menjawab: "Perkataan yang benar. Dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar." Ketika itulah syaitan-syaitan penyadap (mencuri dengar) berita (wahyu) mendengarnya. Keadaan penyadap berita itu seperti ini: sebagian mereka di atas sebagian yang lain dengan telapak tangannya, dengan direnggangkan dan dibuka jari-jemarinya - maka ketika penyadap berita (yang di atas) mendengar kalimat firman itu, disampaikanlah kepada yang ada di bawahnya, kemudian disampaikan lagi kepada yang ada dibawahnya, dan demikian seterusnya hingga disampaikan ke mulut tukang sihir atau tukang ramal. Akan tetapi, kadangkala syaitan penyadap berita itu terkena meteor (tahi bintang) sebelum sempat menyampaikan kalimat firman itu tersebut, dan kadangkala sempat menyampaikannya sebelum terkena syihab (meteor), lalu dengan satu kalimat yang didengarkannya itulah, tukang sihir atau tukang ramal melakukan seratus macam kebohongan. Mereka (yang mendatangi tukang sihir atau tukang ramal) mengatakan: "Bukankah dia telah memberitahu kita bahwa pada hari anu akan terjadi anu (dan itu terjadi benar)", sehingga dipercayalah tukang sihir atau tukang ramal tersebut kerana satu kalimat yang telah didengarnya dari langit."
An-Nawwas bin Sim'an r.a. menuturkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila Allah Taala hendak mewahyukan perintah-Nya, maka Dia firmankan wahyu itu, dan bergetar dengan keraslah langit-langit kerana takut kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Lalu, apabila malaikat penghuni langit mendengar firman tersebut, pingsanlah mereka dan bersimpuh sujud kepada Allah. Maka malaikat yang pertama kali mengangkat kepalanya adalah Jibril, dan ketika itu Allah firmankan kepadanya apa yang Dia kehendaki dari wahyu-Nya. Kemudian, Jibril melewati para malaikat penghuninya: "Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan kita, wahai Jibril?". Jibril menjawab: "Dia firmankan yang benar. Dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar." Dan seluruh malaikat pun mengucapkan seperti yang diucapkan Jibril itu. Demikianlah sehingga Jibril menyampaikan wahyu tersebut kemana yang telah diperintahkan oleh Allah 'Azza wa Jalla kepadanya.
-dipetik dari "Tauhid - Pemurnian Ibadah Kepada Allah - Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab".
begitu takut sekali semua malaikat dan seluruh langit dan isinya kepadanya Allah 'Azza Wa Jalla. Tapi kita manusia bagaimana?
Boleh dilihat juga hakikat sebenar diciptakan meteor/tahi bintang. Tapi manusia bila nampak tahi bintang, 'make a wish' pulak, sedangkan itu adalah ditujukan khas buat syaitan pengendap.

Friday, January 26, 2007

aku dan sesuatu
Cesss poyo je title. :D
Bila hati terattach dengan sesuatu, susah nak penuhkannya dengan sesuatu yang Dia suka. Struggle2 byk kali pun masih juga tak berjaya. Tapi kalau senang nak melepasi sesuatu tak adventure juga. Heh. Tapi itulah kalau tak berjaya di pusingan ini, cuba lagi pada pusingan-pusingan seterusnya. Berlepas diri dari sesuatu memang sukar macam nak keluar dari pasir jerlus. Kadang-kadang termasuk balik. Kadang-kadang penat sampai give-up. Tapi tak boleh give-up, sebab it's a matter of life.The eternal life of course. Allah berfirman, "Do you think that you should enter paradise unless God has establishes who among you have struggled hard and who r patient? (3:142). Seorang sahabat pernah kata fikirkan tentang perkara-perkara besar maka diri takkan mudah mengutamakan perkara-perkara kecil atau apa-apa yang related tentang kepentingan diri. Fikir kepentingan umat lebih dari kepentingah diri tentunya.Tapi hati tetap berdegil. Perkara-perkara remeh juga jadi keutamaan. Geram rasa sungguh susah untuk berlepas diri dari attachment yang satu ini. Tapi tak boleh apa-apa pun mesti cuba sehabis mungkin. "Do the men think that they will be left to say 'We believe' and they will not be tried. (29:2)". Satu bentuk ujian. Semua orang diuji oleh Allah. Dalam pelbagai bentuk samada kesenangan atau kesusahan. Seorang alim pernah berkata, lebih kurang begini, "kosongkan hatimu dari kecintaan terhadap dunia, maka Allah akan memenuhkan hatimu dengan makrifat dan rahsia-rahsia tentang-Nya". Jadi perbebaskan diri dari sebarang bentuk attachment terhadap worldly adornments. Insya-Allah mudah-mudahan Allah mengurniakan kita rahsia-rahsia dan pengetahuan tentang-Nya. Ya Allah, hanya pada-Mu aku berharap. Bantulah aku dalam urusan agama-Mu... Bantulah aku hanya Engkau sahaja tempat pergantunganku. Engkau datang berlari kepada saat aku mungkin dalam posisi berjalan kepadamu. Sesuai dengan firman-Mu dalam hadith Qudsi, "I am as My servant thinks I am, and I am with him whenever he remembers Me". Maha Suci Allah, tiada Tuhan selain Dia.

Monday, January 22, 2007

Don't be sad

Jangan sekali-kali takut dan risau tentang masa lepas, hari ini dan masa depan dan juga jangan sekali-kali megah dengan apa yang dimiliki kerana Allah telah berfirman,

"Tiadalah malapetaka (musibah) di bumi dan tiada pula pada dirimu, melainkan (telah termaktub) dalam kitab (lauh mahfuz), sebelum kami mengadakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah. (Kami katakan demikian itu), supaya kamu jangan berdukacita atas sesuatu yang telah luput daripadamu dan supaya jangan bersukaria, karena sesuatu yang kamu peroleh. Allah tiada mengasihi tiap-tiap orang yang sombong dan bermegah-megahan(57:22-23)."

"(Seseorang) tiada ditimpa malapetaka (musibah) melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, ditunjuki Allah hatinya. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu (64:11)."

Sunday, January 21, 2007

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1428

I love this article. A good reminder for starting the new year :)

Insan Cemerlang Ummah Terbilang
Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

TEMA sambutan Maal Hijrah semalam berbunyi Insan Cemerlang Ummah Terbilang pastilah mempunyai makna yang cukup besar untuk dihayati semua. Ia bertepatan dengan senario umat yang ketika ini berhempas-pulas mempertahankan jati diri dan tercari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau.

Memang realiti dunia hari ini benar-benar mencemaskan kita. Umat semakin dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah. Keruntuhan moral dan kecelaruan akhlak di kalangan generasi muda tampak semakin menjadi-jadi.
Masalah tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa seperti merokok, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya black metal dan punk tetapi kini menjalar pada peringkat mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara amnya seperti gengsterisme, mat rempit, membunuh dan sebagainya.

Inilah hakikat era globalisasi yang sebenarnya membayangkan masa depan umat yang penuh cabaran dan bahaya. Sebab itulah agenda pembentukan insan dan generasi muda berkualiti merupakan prasyarat terpenting bagi merealisasikan impian menjelmakan sebuah tamadun ummah yang terbilang.

Sebarang usaha mengejar kemajuan material tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya generasi muda tidak dipersiapkan untuk menghadapi realiti dunia hari ini dan masa depan yang penuh mencabar.

Bagi penulis, generasi yang berkualiti acuan al-Quran sahaja yang mampu mengembalikan maruah dan mengangkat martabat umat. Asas-asas fundamental seperti pembangunan akidah dan pengisian akal, rohani dan jasmani harus menjadi teras kepada pemerkasaan jati diri generasi berkualiti.

Generasi berkualiti yang dimaksudkan sudah tentulah generasi yang disebut al-Quran sebagai generasi ‘khaira ummah’ atau ‘ummah terbilang’ sebagaimana ternukil dalam surah Ali-Imran, ayat 110: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

Pernah dinukilkan dalam satu kisah tatkala sedang berehat-rehat dan berhimpun di sebuah rumah, Khalifah Umar Ibn al-Khattab mengajak sahabat-sahabatnya mengkhayalkan dan berangan-rangan mengenai suatu perkara yang paling dihajati oleh mereka ketika itu. Lantas seorang daripada mereka terus bersuara, “Jika diberikan kesempatan, aku menginginkan agar rumah ini dipenuhi dengan emas yang akan aku belanjakan kesemuanya di jalan Allah.”
Seorang yang lain turut menambah, “Wahai Amirul Mukminin, aku pula mengimpikan agar rumah ini dipenuhi intan permata yang nantinya akan aku sedekahkan dan infaqkannya di jalan Allah.”

Sahabat-sahabat yang lain turut merungkaikan impian masing-masing hinggalah kehabisan idea. Setelah itu barulah Umar sendiri menyatakan keinginannya, “Aku mempunyai keinginan yang lain. Aku mengimpikan sejumlah individu-individu yang hebat dan cemerlang seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Maula Abu Hudzaifah untuk membantu aku mendaulatkan kalimah Allah.”

Tampak kata-kata Khalifah Umar itu seperti suatu gurauan. Namun jika diteliti, kita dapati dialog tersebut memberi makna yang begitu besar terhadap peri pentingnya membina generasi berkualiti khaira ummah demi menggalas amanah mendaulatkan agama Allah dan membina tamadun ummah yang terbilang.

Sejarah jelas membuktikan bahawa penjanaan generasi muda berkualiti khaira ummah sahajalah yang mampu menjelmakan kejayaan yang gemilang. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. sendiri banyak memberikan galakan dan penumpuan ke arah pembentukan generasi muda yang hebat di zaman Baginda.

Kelompok inilah yang dinukilkan oleh Syed Qutb di dalam makalahnya Ma‘alim Fit Tariq sebagai ‘Al-Jiilul Quraniyyul Farid’ atau generasi Quranik yang unik, terbina di atas nilai-nilai dan ciri-ciri al-Quran sejati. Ini diakui sendiri oleh baginda Rasulullah yang amat berbangga didampingi dan didukungi oleh generasi muda yang cukup komited dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Risalah Tauhid sebagaimana sabdanya: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepadaku perkhabaran gembira dan berupa peringatan. Di kala aku ditentang hebat oleh golongan tua, aku didukung kuat oleh golongan muda.

Jika telusuri sejarah memang didapati bahawa golongan mudalah yang rata-rata menggalas tanggungjawab besar merobah budaya hidup jahiliah yang diwarisi, ketika golongan tua begitu berat dan sukar untuk berubah. Sebagai contoh Abu Bakar antara yang tertua pada ketika itu berumur 40 tahun manakala yang paling muda Ali bin Abi Talib dalam lingkungan umur 10 tahun. Manakala sabahat-sahabat lain seperti anak angkat Rasulullah, Zaid bin Harithah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Talhah bin Ubaidullah, Ubu Ubaidah Al-Jarrah dan lain-lainnya rata-rata berumur remaja.

Generasi berkualiti khaira ummah adalah generasi yang mencintai agamanya lebih daripada yang lain-lain. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi agama termasuk kepentingan dirinya sendiri. Melalui jiwa-jiwa besar inilah, Islam bukan sahaja mampu tersebar ke seantero dunia bahkan membentuk sebuah tamadun yang amat disegani dan pelopor kepada pelbagai kecemerlangan ilmu dan teknologi.
Utusan Malaysia, 21 Januari 2007

Thursday, January 18, 2007

more action is needed than words

ada keinginan untuk melakukan sesuatu senang, tapi nak melaksanakannya susah sekali. Mujahadah le caranye.

Tuesday, January 16, 2007

keutamaan

I qoute from a blog written by an African-American girl,
"I've learned so many times that any time a person's main focus is on something or some person, it becomes your God, and if that thing isn't God, it's scary".
I've been told that 'La Ilahaillallah' is not only about worshipping Allah through the daily prayers, or the fasting during Ramadhan, it's all about giving every seconds of your life worshipping Allah. So, i asked myself, what has been my 'priority' in life throughout these years?

Saturday, January 13, 2007

attachment

Tuhanku
sungguh ganjil
bagaimana bisa sekian lama
aku tergiur
oleh sesuatu yang bukan Engkau
-Emha Ainun Nadjib

Monday, January 08, 2007

Janji Tuhan

"And whoever desires other than Islam as religion-never will it be accepted from him, and he, in the Hereafter, will be among the losers. (3:85)"

Sunday, January 07, 2007

the cat

came across a poem... taken from De Berniere's Birds Without Wings... like it very much. It talks about the cat but in relation to us, humans, it does brings such an affective meaning and somehow it is soo true. How human being never realise the way of life that they are enjoying or what they choose to be is in fact will kill them in the end. Will send them to eternal sufferings. Well, dont want to elaborate much but i really love this poem. one good metaphora about life led by most people, perhaps.
THE CAT
She was licking
the opened tin
for hours and hours
without realising
that she was drinking
her own blood.
-Spyros Kyriazopoulos

Wednesday, January 03, 2007

inside

Aku ingin menjadi
orang yang kemana sahaja pandangannya dituju
hanya nampak anggerik-anggerik yang indah...
bukannya kebusukan dan kepekatan air longkang
kerana keindahan dan keburukan tidak akan pernah sama

Monday, January 01, 2007

it's 2007, ppl

Drastically-changed-weather is making me feeling unwell. How I wish the pharmacy here sold 'obat batuk cap ibu dan anak'. Lately, I've been contemplating a lot on how many friends that God has granted to me. They are sooo many and I'm the type who has this problem of keeping in touch with people. And another surprising moment happened when I found out the new friend that I made in Sydney is actually the best friend of my best friend back in MRSM. They're still best friends and it's funny how small the world is. My best friend has two best friends in Sydney and we just knew each other. Cool kn?
Since today is the first day of 2007, I'd like to wish everyone happy new year. New year's resolutions:
1. ingin mengikis tabiat shopping. menghabiskan duit rakyat jerkk ;p. I think i already have enough clothes that will last for a lifetime... hehe..but still want to buy more. zalitun sungguh!
2. i want to be more organised. which is actually not so me. and fatin calls me 'tikus'. But determination is no harm. i'd like to quote from Ainee's blog
"messiness is a sign of genius. do not tidying up. it affects mental development".
well, i'm not sure whether this is true or not. But somehow this does not applies to me. Cos im not a genius. But i used to ask someone to tidy up his room cos in the picture it looks terribly messy. Now, i feel guilty that this is actually not good for his mental development. cos he's a genius!
3. travelling to other parts of Australia. I've been once to Canberra, and twice to Melbourne. And planning to go there again. But still I havent reached Brisbane and Adelaide and NZ as well. Really need a good financial management and early planning for those trips.
4. i think about others later.