Monday, August 20, 2007

Cerrek:Sempena Merdeka

Negaranya yang tercinta, Malaysia bakal menyambut kemerdekaan buat kali ke 50 tahun. Sudah setengah abad Malaysia secara rasminya bebas daripada penjajahan British. Bagi Durra yang menyambut kemerdekaan kali kedua di negara asing, perasaan itu cukup berlainan. Kerana buat kali pertamanya di negara asing Australia, dia belajar untuk memahami apa itu erti kemerdekaan yang sebenar. Suatu pengertian yang membawa perubahan perspektif dalam kehidupannya.


Mengimbau kembali sirah Rasulullah saw,


"Inginkah kamu menguasai seluruh jazirah Arab wahai pembesar-pembesar Quraish sekalian?"


"Bagaimanakah wahai Muhammad'?"


"Kamu beriman dengan kalimah Lailahaillallah".


Sudah pasti sikap beria-ria para pembesar Quraish itu terhapus di situ. Sebagai orang Arab yang benar-benar memahami maksud kalimah tersebut, yang memahami maksud ‘ilah’, itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan mereka. Suatu yang berat adalah untuk beriman kepada kalimah tersebut yang bererti menyerahkan segala-galanya. Tapi bagi seorang Mukmin, itu bermaksud merdeka dari segala-galanya Dan hanya menjadikan Allah sebagai sembahan mutlak. Dengan kalimah agung itu bangsa Arab tiba-tiba muncul menjadi sebuah bangsa yang hebat dan berketamadunan malahan lebih dari itu, bukan sekadar menguasai seluruh tanah Arab, tetapi 2/3 dunia. Dengan kalimah agung itu juga, kawasan nusantara, yakni kesultanan Melayu menjadi suatu kerajaan yang hebat. Andai orang-orang Melayu belajar dari sejarah bahawa bangsa Melayu pernah naik gemilang kerana Islam dihayati dan diamalkan dengan sepenuh hati, pasti tidak akan berleluasa gejala-gejala yang sangat busuk di matanya seperti mat rempit, penagihan dadah dan banyak lagi.


Durra, yang mula belajar tentang apa yang terselindung dari kalimah agung itu, memahami beriman kepada kalimah agung tersebut bukan sekadar menjadi Muslim yang semata-mata mempraktikkan segala apa yang terkandung dalam rukun Islam yang merupakan tiang-tiang agama, ia lebih daripada itu. Ia juga adalah tentang mendirikan “apa” di atas tiang-tiang tersebut. Mengaitkan kehidupan sehari-hari dengan pengakuan terhadap kalimah tersebut, ternyata tahun-tahun sebelumnya Durra kurang pasti apakah benar dia melakukan segala suruhan Allah?


"Durra, jomla pergi sure kecoh.. syok la banyak artis-artis best..dengar cerita Britney Spears terbang jauh dari US semata-mata nak memeriahkan konsert ini." perbualan di telefon bersama temannya beberapa tahun lalu masih berlegar-legar di fikirannya.


"Ok, boleh boleh. Britney! My favourite! Tapi lepas maghrib ok? Aku nak solat dulu."


"Ya la memang la lepas maghrib. Takkan taknak solat dulu. Ko ni pun. Kut ye pon.”

"Heheh."


Itulah kenangan di tanah air Malaysia tercinta di kala dia masih jahil apa itu erti menjadi Muslim sepenuh masa. Solat itu sepatutnya mencegah kemungkaran. Tapi benarlah, ibarat seorang yang bermain kotoran lumpur sepanjang hari dan ingin membersihkan diri 5 kali sehari pastilah lebih sukar menghilangkan kotoran itu berbanding mereka yang menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Mampukah solat itu menjadi pencegah andai di luar solat melakukan perkara-perkara yang tidak Islam atau dalam erti kata lain, perkara jahiliyyah. Dia masih ingat, suasana di konsert sure kecoh itu sendiri penuh dengan kemungkaran. Pergaulan bebas di sana sini. Kelibat pasangan kekasih memadu kasih kelihatan di mana-mana. Itu belum dikira lagi dengan golongan remaja yang cuba menonjolkan ke‘emo’an mereka menerusi gaya pemakaian ala-ala punk, skinhead, dan tidak kurang juga yang perasan grunge dan banyak lagi. Seolah-olah itu sudah jadi kebiasaan. Sudah menjadi satu norma masyarakat yang tidak lagi dianggap pelik. Sedangkan mereka yang cuba mencegah kemungkaran dipandang sebagai 'narrow-minded', ortodoks, tradisional sangat dan banyak lagi label-label yang lain.


"Kamulah generasi terbaik. Kamu menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang mungkar."
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kesabaran (103:1-3)."



Andainya dia memahami ayat-ayat itu dahulu. Andainya dia memahami Al-Quran bukanlah diturunkan untuk dibaca semata-mata, bukan hanya untuk dibaca saat takut dikacau hantu ataupun saat ada orang meninggal dunia, ataupun apabila sedang dalam musim peperiksaan mahupun sekadar menjadi hiasan di dinding-dinding tetapi Al-Quran diturunkan untuk menjadi manual hidup. Rujukan sepanjang kehidupan. Sedangkan dia lebih gemar mengkhatam tulisan manusia ataupun majalah-majalah gossip dahulu sebelum cuba untuk menghayati qalam Allah. Mukjizat ulung khas buat ummat Nabi Muhammad. Tidak dia terfikir betapa besarnya rahmat Allah ke atas manusia yang bergelar umat Nabi Muhammad saw! Nabi Ibrahim alaihissalam yang sangat dikasihi Allah sendiri sanggup menyerahkan semuanya agar dia dapat menjadi umat Nabi Muhammad saw. Tapi, dengan izin Allah hanya seorang nabi, yakni nabi Isa ailahissalam yang diperkenankan untuk menjadi sebahagian daripada umat Nabi Muhammad saw.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang orang yang lalai." (7:179)


Ayat yang sungguh menyentak sanubari. Ouch! Hinanya manusia apabila Allah menyamakan dengan binatang. Sedangkan dia ketawa dengan gelagat chimpanzee-chimpanzee yang menggaru punggung mereka sendiri di Taronga Zoo Sydney yang dirasakan sangat pelik dan lucu, sepatutnya manusia bisa jadi lebih pelik dan lucu lagi andai tidak menggunakan pancaindera kurniaan Allah untuk memahami ayat-ayat Allah dan kekuasaannya melalui penciptaan alam yang indah ini. Ternyata dirinya sendiri yang lebih layak untuk diketawakan.

"Durra.."

Lamunan Durra terhenti dengan panggilan Amrien. Amrien juga sepertinya, sahabat dan teman serumah yang sama-sama mula mengerti apa ertinya memasuki islam secara keseluruhannya. Amrien yang berasal dari kata ‘Amir’ yang bermaksud pemerintah. Mengaitkan pemerintah dengan namanya sendiri, Syajaratuddurrah, mengimbau kembali sejarah khalifah wanita Islam pertama yang hebat, Syajaratuddurr yang begitu tangkas dan berjaya menangkap King Louis 4 yang berhasil menemukan formula untuk mengalahkan umat Islam di sepanjang pemberkasannya di penjara yang langsung tidak menyiksa itu, yakni menjauhkan mereka dari Al-Quran . Dia mendapati umat Islam tidak boleh dikalahkan melalui mata pedang kerana ikatan umat Islam yang kuat terhadap kitab suci Al-Quran menjadi punca umat Islam digeruni seperti singa. Lantas, King Louis yang gembira dengan penemuan itu berhasil melepaskan diri dari tawanan Syajaratuddurr dengan menawarkan pampasan pelepasan emas seberat berat badannya yang terkenal gemuk itu. Dari situlah bermula episod gozwatul fikr* terhadap umat Islam. Mungkin sejarah ingin mengajar bahawa wanita sama sekali tidak boleh menjadi pemimpin umat.


Bagi mereka berdua, pemusafiran mereka di negara asing yang terkenal dengan Perdana Menteri John Howard yang kontroversi atau mendiang Steve Irwin The Crocodile Hunter yang sebenarnya lebih popular dari John Howard, sedikit sebanyak mengajar mereka untuk berfikir di luar kotak.

"Berangan nampak akak nih. Ada masalah ke?" Amrien memecah keheningan.


"Tulah, tengah fikir masalah negara nih. Hehe."Durra menjawab dalam gurau.


"Ooooh, jangan termenung arah lain sudah. Ingat, panjang angan-angan adalah salah satu tarikan syaitan selain rehat yang banyak." Amrien membalas sambil bernasihat. Lagipun bukankah mengingatkan itu satu kewajipan ke atas insan yang sememangnya insan (lupa) ini?


"Yep.. hehe insya-Allah tak termenung dan berangan tentang apa-apa yang mengarut. By the way, kenapa?."


"Hurm, sebenarnya saya nak kacau Durra sekejap. Harap saya tak mengganggu dan Durra sudi dan ada masa nak melayan kerenah saya nih."



"Ooo, tak boleh, tak boleh memang mengganggu pun." Durra menjawab lagi dalam gurauan seperti biasa sambil tangan mencapai potato chips berperisa keju kegemaran Amrien.



“Saya tak peduli, saya nak kacau juga. Tapi, sebelum tu, erm nak chips sikit boleh?”.. Lapar la bang.



“Ye, silalah wahai cik Amrien. Kacau la. Saje je tadi, biasalah senda guraukan membawa bahagia." Durra berkata dalam ketidakpastian adakah itu merupakan suatu yang lawak atau pun tidak.


"Lagipun saya memang beli chips ni untuk Amrien pun. Hehe,” Durra menjawab lagi sambil menyerahkan chips yang sememangnya ingin ditawarkan kepada Amrien.


"Ya, saya tahu. Saya dah biasa,” Amrien menjawab dengan wajah ala-ala selamba badak lalu mengunyah chips itu dan kemudian menyambung bicara.

“Durra kan tahu, hari tu parents saya ada datang sini.” Tiba-tiba kata-kata Amrien terhenti seketika.


“Erm jadi kenapa? Mesti best kan lepaskan rindu. Parents saya pun belum sampai sini lagi." kata Durra lagi.


“Memang best. Best sangat. Tapi kan, tiba-tiba rasa sangsi dan bimbang. Tiba-tiba saya terasa macam bimbang untuk balik for good hujung tahun ini. Hasil kedatangan parents ke mari, saya dapat rasakan macam susah sikit bila balik Malaysia nanti.” Amrien menyambung selepas menghabiskan kunyahan beberapa keeping potato chips itu.
“Jadi, Amrien takut?”
Yup, Amrien mengangguk-mengangguk setuju. “Saya tak pasti, saya cuma takut mereka tak menerima saya yang begini. Durra, bayangkan mereka asyik bertanya kenapa saya macam takde kawan lelaki di sini. Mereka hairan. Mungkin melihat saya macam sekarang ini menyebabkan mereka bimbang saya terlibat dengan perkara yang bukan-bukan hingga ada sampai suatu tahap mereka nasihat saya, nanti nak kahwin jangan kahwin dengan orang P*S. Tapi, awak pun tahukan mereka sangat pro **.”



Durra termangu sebentar. Itulah perkara yang sangat sering berlaku di Malaysia. Apabila agama disamakan dengan politik. Dia kadang-kadang tidak faham kenapa perlu menyamakan politik dengan agama. Hakikatnya politik bukanlah agama. Tapi cuma sebahagian daripada agama Islam yang syumul. Dia cuma merasakan adalah sangat jumud pemikiran yang menganggap agama itu sama dengan politik kerana hakikatnya agama Islam itu adalah meliputi seluruh aspek kehidupan. Amat malang andainya agama dikaitkan atau dipergunakan untuk motif politik semata-mata. Sangat cetek pemikiran itu. Tidak hairanlah ada segelintir yang berdemonstrasi inginkan kerajaan melaksanakan hukum hudud, tapi masih tidak merasa apa-apa di hati saat menyaksikan perkara mungkar di depan mata atau mungkin lebih teruk melakukan sendiri mungkar tersebut. Dia percaya segala-galanya bermula daripada individu muslim sebelum melangkah ke tangga seterusnya. Kerana tabiat agama ini adalah begitu mengikut kata-kata Syed Qutb. Mengikut logika akal pun, manusia hanya akan memiliki keyakinan yang utuh terhadap individu yang berakhlak mulia. Mana mungkin manusia akan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang kurang akhlak Islaminya. Tambahan pula, setiap perkara harus dilakukan secara berhikmah dan mengikuti sunnah Rasulullah saw.


“Saya sama sekali tak berniat nak menyinggung perasaan mereka atau yang sepatutnya. Saya sangat sayangkan mereka. Tak mungkin saya akan melakukan sesuatu yang buruk. Alhamdulillah, di sini kita belajar untuk hidup dengan berpandukan Al-Quran. Dan Al-Quran mengajar dan menggariskan cara-cara bagaimana kita patut melayani kedua orang tua kita. Tapi, saya cuma bimbang mereka bimbang akan saya yang begini.” Amrien menyambung terdapat riak-riak kesedihan di wajahnya walaupun air mata tidaklah tumpah.


Durra sedaya mungkin cuba mencari perkataan yang sesuai buat Amrien. Dia sedar bukan mudah baginya melakukan penghijrahan ini. Perubahan memang memerlukan pengorbanan yang tidak disangka-sangka. Berdasarkan karya-karya Shakespeare yang banyak mengungkapkan persoalan pengorbanan, Macbeth sendiri terpaksa berkorban rasa kemanusiaanya dan rasa hatinya yang baik untuk menjadi seorang yang jahat yang tamakkan kekuasaan hingga rela membunuh Raja yang selama ini begitu dihormatinya. Begitu juga Romeo dan Juliet yang sanggup berkorban nyawa kerana tidak tahan menahan derita cinta. Begitu banyak karya-karya ulung yang membicarakan tentang soal pengorbanan. Itu belum dikira lagi dengan kisah-kisah yang sememangnya berlaku di alam nyata yang masih berlegar di sekitar pengorbanan. Perubahan samaada ke arah kebaikan atau kejahatan, semuanya memerlukan pengorbanan. Jadi, alang-alang ingin berkorban, lebih baik berkorban untuk perubahan ke arah kebaikan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Peribahasa yang sukar untuk diterima oleh akal salah-seorang sahabat mereka, Khairun Nisa. Kerana menurut Nisa, kenapa tak digunakan sahaja senduk untuk menyeluk pekasam tersebut?
Berbalik kepada Durra dan Amrien, Durra menjawab dengan panjang lebar sekali,
“Amrien mesti ingat, kisah Saad ibn Waqas yang ibunya menggugut untuk membunuh dirinya kerana dia enggan keluar dari Islam. Mendengar ugutan ibunya langsung tidak menggugat keimanan Saad untuk mempertahankan akidahnya. Sebaliknya dia menjawab, “Seandainya aku punya seratus nyawa sekalipun, tidak akan sekali-kali keluar Islam. Dan turunlah firman Allah yang menegur perbuatannya. Amrien mesti tahu. Itu menunjukkan walaupun ibu bapa kita mungkin salah anggapan terhadap kita, tetapi mereka tetap berhak untuk dihormati. Dan kalau dikirakan masalah Saad lebih besar. Dia dan ibunya berbeza akidah. Firman Allah , “Adakah kamu mengira Kami membiarkan kamu mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan kamu tidak diuji?” (29:2). Cabaran adalah perkara biasa. Sunnatullah. Mungkin ini cara Allah menguji. Saya sendiri pun bimbang dengan apa yang bakal dihadapi di Malaysia. Banyak perkara yang tak betul yang adik saya lakukan, saya ingin tegah. Tapi saya tahu itu susah kerana mereka akan bagi alasan, 'Dulu, akak pun buat'. Erm, saya kira mungkin parents Amrien ke sini sekejap saja kut. Jadi, mereka tak dapat melihat awak dengan betul-betul. Yup, macam Amrien kata tadi, mereka mungkin bimbang awak termasuk geng-geng pengganas agaknya. Jangan bimbang, Amrien punya masa yang cukup banyak di Malaysia untuk buktikan Amrien bukan begitu. Kita bukan buat apa-apa yang salah pun. You just want to practise a pure Islam and be a full time Muslim. Selalunya ibubapa akan suka anak-anak mereka jadi baik. Jadi, Amrien tak perlu risau. Doa banyak-banyak dan minta pada Allah agar mereka terima dan terbuka hati menerima Amrien yang baru ini,” Durra tersenyum.



Amrien membalas,” Benar itu. Mungkin saya saja yang takut lebih-lebih. Setiap kita adalah dugaan sendiri. Cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza. Seorang muslim bukanlah penakut. Betul tak?



Teringat kata-kata Ibnu Sina. "Orang arif (orang yang mengenal Allah) adalah pemberani, kerana ia selalu jauh dari rasa takut akan mati. Ia adalah orang yang saleh, bagaimana tidak? Kerana ia selalu jauh dari mencintai barang dan perbuatan yang batil. Ia adalah pengampun, bagaimana tidak? Kerana jiwanya lebih besar dan ampuh untuk dilukai oleh kesalahan seseorang. Ia bersih dari dengki, mendendam, benci. Bagaimana tidak? Sedang fikirannya selalu terisi oleh hak dan kebenaran."



“Benar, mungkin ini peluang untuk kita menguji sejauhmana kekuatan kita. Sejauhmana kita merdeka dari perasaan takut. Ingat tak kadang-kadang kita cuba sedaya mungkin mencari tempat tersorok untuk bersolat. Sedangkan kita sebagai mukmin seharusnya pemberani. Yang penting kita bangga dengan keislaman kita. Insya-Allah auranya agar terkena dengan orang lain. Yang penting kita usaha sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik di mata Allah. Mungkin setakat ini hasilnya tak seberapa dan tak nampak sangat lagi, tapi kita cuba dan terus cuba. Bukan mudah kan?" Durra berkata dengan semangat.



Amrien membalas, “Tegakkan Islam dalam dirimu, Islam akan tertegak di sekelilingmu bak kata Hasan Hudaibi. Mungkin kita sendiri dalam proses menegakkan Islam dalam diri dan ini bukan mudah. Yang penting kita support each other, ok?”.



“Insya-Allah. Segala yang terbaik dari Allah. Kita sama-sama dalam proses itu. Sama-samalah kita mengingatkan. Kalahkan syaitan dalam dan luar diri. Kalahkan gozwatul fikr* (perang pemikiran) !Allahuakbar!”



Bersemangat kedua-dua mereka pada hari itu. Di luar perkampungan Macquarie University riuh rendah suara jiran-jiran ‘mat salleh’ dan mungkin juga yang tidak berapa nampak 'kemat sallehannya-tapi-perasan-mat salleh’ yang setia melakukan rutin harian hujung minggu yakni qiamulaill . Kepada syaitan tentunya. Rimas juga dibuatnya tapi mereka berdua sudah terlalu biasa dengan keadaan itu. Andainya mereka memahami kebebasan yang mereka miliki itu sebenarnya bukanlah kebebasan sebagaimana yang sering mereka bangga-banggakan dalam ideologi liberalisme, sekularisme, kapitalisme dan isme-isme ciptaaan mereka yang lain, tetapi hakikatnya itu hanyalah ikatan perhambaan kepada kehendak hawa nafsu sendiri. Dan sesuatu yang paling indah adalah tunduk hanya kepada sesuatu yang paling cantik , sempurna dan mulia di dunia ini yakni Allah yang menciptakan. Andainya diri punya kekuatan mengatakan yang haq kepada mereka. Sungguh, hati sangat dicengkam pilu dengan keadaan itu.


Dalam pekat malam yang ketenangannya dicuri oleh kebisingan jiran-jirannya tadi yang sudah mabuk barangkali, kedua-kedua mereka mengucapkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah yang Maha Penyayang. Penghijrahan ini pada Durra merupakan suatu yang sangat simbolik dengan kemerdekaan. Kemerdekaan dalam erti kata tunduk kepada yang Maha Esa dan tidak menjadi hamba kepada suatu yang sangat picisan. Perang pemikiran yang dilancarkan sejak bertahun-tahun lalu oleh musuh-musuh Islam menjadikan Durra dan Amrien antara mereka yang terperangkap dan menjadi mangsa keadaan. Alhamdulillah Allah telah menyelamatkan dia dan Amrien. Itu merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya. Mendapat kefahaman yang membebaskan mereka dari kepungan tentera-tentera syaitan yang cuba melandaskan perjalanan mereka ke arah jurang neraka. Tetapi Allah yang Maha Pengasih telah menghalang itu daripada terus berlaku.



"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan kelapangan akhirat dan dari kezaliman agama/ideologi (songsang) kepada keadilan Islam." Kata-kata Rub'iyy(tentera Islam) ketika menjelaskan hakikat merdeka kepada Rustum(panglima tentera Parsi).

Sesungguhnya perjalanan yang panjang ini memerlukan hati yang merdeka dari segala-galanya dan hanya tunduk kepada yang Maha Esa kerana ini adalah perjalanan hati. Walaupun jasad hancur mamah dibaham tanah, hati tetap akan terus dengan perjalanannya. Perjalanan di alam al-wujud.
"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat alam al-wujud ini adalah lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan ddan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakup alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan Akhirat kedua-dua sekali bukannya dunia ini sahaja. Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu. Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan. Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti. Di sana balasan tidak mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan. Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyu'." (SQ)

Friday, August 17, 2007

51:55

Kebenaran yang gelisah
akan kebatilan yang seakan menang
Cukupkah hanya resah
Sedangkan hati menentang
Kebenaran, kebatilan harus berpisah
Bercampur dua-duanya jawabnya malang
Bukankah janji yang Maha Esa
Sempurnakan cahaya-Nya itu yang memang

The truth turned me into despair.
So much to do, and so much things that I need to tell,
To fix things that are not right.
My faith is weak that I can only negate them in my heart
Courage is what I don't posses,
O Allah forgive me that my effort is less.

:(

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.’ Katakanlah kepada perempuan yang beriman, tundukkkanlah pandangan mereka , pelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa terlihat pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung melabuhi dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua laki-laki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara laki-laki mereka, anak saudara mereka (dari saudara laki-laki mereka), saudara perempuan mereka, anak saudara mereka (dari saudara perempuan mereka), wanita-wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak lagi memiliki hasrat seksual atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."( An-Nur:30-31)

"Barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia berpegang terus pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus". (2:256)

Tuesday, August 14, 2007

People of the boxes. Are we?

*Click this url to enlarge http://www33.brinkster.com/ikomik/peopleoftheboxes01a.jpg

Wednesday, August 08, 2007

Hari-hari akhir di sini

4 bulan lagi.. yup tinggal lagi 4 bulan saya di sini.. Rasanya belum puas menikmati pemandangan tasek buatan Macquarie Uni yang sangat syahdu mengikut kata Acaq. Mungkin juga belum sempat saya menikmati segala macam makanan yag terdapat di Loft Cafe yang rupa-rupanya halal itu. Atau mungkin juga belum mendapatkan result yang terbes buat diri.

Haih.. lagi satu sem saja lagi.

4 bulan lagi untuk bekerja di sini. Saya sangat suka dengan perkataan bekerja itu. Indah sekali bekerja kerana majikan itu adalah Tuhan yang menciptakan. Gaji? Tak setimpal dengan pekerjaan yang tak seberapa la sangat buatnya. Saya dapat terlalu banyak. Sukar untuk digambarkan perasaan ini.

Terikat dengan majikan yang Maha Kaya ini menyebabkan saya mengecapi kebebasan dari segala-galanya. Memahami apa itu erti kebebasan yang sebenar. Bebas dari keinginan-keinginan kecil yang nyata membebankan. Dan berusaha untuk bebaskan diri lagi dari semua itu.

"Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban?"

Saya bakal merindui suasana itu yang tak terlintas akan wujud di alam realiti. Akan rindu tempat itu juga.

Teman-teman, tunggu kami di Malaysia ya.

Thursday, August 02, 2007

monologue

"Do not blame the situation, you yourself should change the situation." I keep telling myself that.

This journey is tiring. Alteration is needed here and there. Aku pening sebentar.

"Buat sekadar mampu". Kata seorang teman.

Untungnya jadi khairan ummatin. Umat terbaik. Generasi Quran yang unik. Generasi didikan the Unchallenged messenger Nabi Muhammad SAW. Aku pun tak punya ketahanan seperti mereka. Hidup mereka jauh lebih susah dariku.

Tapi sekurang-kurangnya ada mereka untuk dijadikan teladan terbaik.

"Kenapalah aku memahami saat umur sudah 21 tahun lebih. Baru nak terkial-kial"? Tanya pada diri sendiri.

Generasi dahulu hafal Quran dan Hadith seawal 8 tahun lagi. Memahami deen dengan sebenar-benarnya. Kemudian barulah mereka belajar tentang bidang-bidang lain seperti ibnu Rusyd yang mendalami ilmu fikih, kedoktoran, fisika, biologi, astronomi dan banyak lagi. Tetapi di zaman sekarang kita belajar mengikut bidang yang telah dikhususkan. Seperti kami, hanya fokus pada 2 cabang, iaitu Education dan Linguistic. Sama juga dengan mereka yang mengambil bidang-bidang lain seperti Perubatan, Engineering dan sebagainya. Jarang yang belajar banyak bidang.

Tetapi. Syukur pada Allah sekurang-kurangnya faham di saat umur yang kunun-kunun masih belia ini. Belajarlah bersyukur. Alhamdulillah.

Memang lelah.

Tapi, mujahadah! Bak kata orang selalu-selalu. Betul juga, mana kemanisan kalau tidak struggle habis-habisan.

Tapi yang pasti, aku tak ingin lagi menjadi mangsa keadaan itu. Sudah-sudahla tu.

Ya Rahman bimbinglah kami.