“Kami jelaskan apa sebenarnya tujuan kami. Kami katakan bahwa kami adalah manusia-manusia yang tidak percaya pada slogan. Patriotisme tidak mungkin tumbuh dari hipokrisi dan slogan-slogan. Seseorang hanya dapat mencintai sesuatu secara sehat kalau ia mengenal objeknya. Dan mencintai tanah air
Perubahan fasa kehidupan ke alam pekerjaan, iaitu menjadi seorang pendidik (di sebuah sekolah agama) telah membenarkan kenyataan ini dalam diri saya. Saya semakin cinta tanahair saya! Mungkin terlalu awal untuk membuat penilaian, tetapi setakat ini saya sangat gembira berada di posisi sekarang ini. Lebih gembira dari detik-detik saya berada di luar negara sewaktu bergelar pelajar dahulu. Saya rasa ini sedikit pelik buat diri saya.
Rasa cinta ini tumbuh seiring dengan masa. Saya, sepertimana yang orang tahu, ditakdirkan untuk mengajar di negeri asal saya sendiri. Alhamdulillah untuk nikmat ini. Bebanan tugas memang banyak dan boleh dikatakan saya bekerja 24 jam sehari dan seluruh saat adalah di sekolah. Macam tiada 'life; tetapi kebanyakan kami di sini menyukainya. Pelajar-pelajar, saya ibaratkan seperti objek tanahair ini. Setiap hari kami semakin mengenali objek-objek ini dan mencintai mereka bagai anak sendiri. Objek-objek ini memiliki perwatakan sendiri dan apabila mengenali mereka, secara tidak langsung kita berjaya mengelakkan skeptism yang kadangkala melanda diri lantaran kejahilan kita dalam mengambil inisiatif mendalami ciptaan Tuhan yang pelbagai ragam ini.
Selain itu, objek lain yang menyemarakkan rasa cinta ini pastinya keindahan semulajadi tanah tempat tinggal. Saya berpeluang mengikuti kem perkhemahan, menjelajah hutan, merentasi lautan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di luar sekolah hampir setiap minggu dan saya takjub dan kagum kerana alam semulajadi tanah ini sangat indah. Kenapa saya tidak pernah menyedarinya dan menghargainya selama ini?
Sukar untuk digambarkan, tetapi semakin hari saya semakin mencintai setiap objek ini. Cinta yang tumbuh sedikit demi sedikit yang dahulu hanya sekadar propaganda.. tetapi mula bersemarak secara realiti.. I'm in love with my profession! I'm in love with everything that I have to deal in life at the moment! I'm in love! :) Now I know how it feels like living to love.
To qoute my fave poet, "If you cannot work with love but only with distaste, it is better that you should leave your work - Kahlil Gibran"