Saturday, October 14, 2006

RAIHLAH KEMENANGAN!
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Mungkin lagi 10 hari aidilfitri akan menjelang. Namun, saya sudah mula memperdengarkan lagu-lagu raya yang lain sekadar mengubat kerinduan terhadap perayaan Aidilfitri di Malaysia. Lirik lagu di atas merupakan lagu raya yang paling saya gemari berbanding yang lain. Bukan kerana iramanya yang mengalun dan menarik hati sahaja, tapi tarikannya lebih terhadap lirik. Ia berbeza daripada lirik lagu-lagu raya yang lain yang lebih banyak fokus tentang kegembiraan meraikan dan suasana berhari raya dengan kuih-muih dan pakaian baru dan lain-lain. Pada hemat saya, lirik lagu ciptaan M.Nasir ini bermakna kerana ia merupakan luahan seorang hamba yang gembira kerana kemenangannya dalam madrasah Ramadhan. Ianya terluah menerusi tangisan kegembiraan tanda kecintaan kepada yang Maha Pencipta. Kemenangan melawan hawa nafsu dan berjaya mendapatkan tingkat puasa yang berkualiti adalah kegembiraan yang sebenarnya untuk seorang hamba saat berhari raya. Namun, saya akui terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan di bulan mulia ini. Antaranya dalam mengawal amarah dan melayan perkara-perkara yang lagha. Saya masih tidak berjaya meninggalkan itu. Rasa kesal juga di hati. Tapi rasanya masih belum terlewat untuk terus memanfaatkan 10 malam-malam terakhir Ramadhan ini. Usaha tangga kejayaan. Kepada kawan-kawan selamat mencari laila!~ Moga Allah sentiasa sayang akan kita semua. Aminnn.
M.a.a.f. Z.a.h.i.r. B.a.t.i.n.

4 comments:

Miss Aini said...

aku mintak maap gak kat ko farah andai kata aku pernah terusik ko ker, terguris garisan hati kau ker etc etc. mish u babe~ take k dearie~

Far Azmi said...

sama la ainee... aku pon mintak maaf kat ko jugak.... love n miss u sooo much sebenarnya~

Anonymous said...

taharrau lailatul qadr..miss la farah ;) tk care n moga tak naughty lagi utk hari2 terakhir neh~ hehe

Rosyada said...

farah, letak lirik je ke??

letak la lagunye sekali