Sunday, November 19, 2006

Hari-hari terakhir sebelum merdeka

Di saat tinggal lagi 4 hari untuk exam educational assesment saya masih dengan ulangkaji sociolinguistic. Hurmmh... ulangkaji untuk educational assesment belum mula lagi. Tapi tiada apa lagi yang boleh dilakukan melainkan memanfaatkan masa yang ada seboleh mungkin. Jangan luntur wahai motivasi. Tapi saya perasan juga 2,3 hari ini saya jadi seorang yang perasa. Mungkin jua kerana 'time of the month'. Maaf kawan-kawan kalau saya tiba-tiba marah tak tentu pasal. Soriiiiii~

Tapi seperti yang Tasha pernah katakan dalam blog, sociolinguistic adalah subjek yang sangat menarik. Sekarang saya rasa sedikit menyesal kerana terlewat untuk meminatinya. Sangat-sangat menarik sampaikan saya rasa langsung malas membuka buku educational assesment. Urhh yang penting sekarang kedua-dua subjek perlukan perhatian yang sama rata.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat: 13]" -- ayat yang sangat 'sociolinguistic'. Walau dari mana pun asal kita, akhirnya takwa juga yang Allah nilai.

1 comment:

Anonymous said...

Go, Fa, Go!

You can ace it!
=)