Monday, May 07, 2007

pupus
Di saat kamu sibuk termenung mengenangkan nasib sendiri, ingatlah betapa sedihnya dirimu kerana masih sibuk mementingkan keadaan diri sendiri di saat mereka di luar sana bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib ummah.
Ujian itu memang pahit. Tapi ujian itulah yang menunjukkan tingkat iman kita. Harus rasa bersyukur kerana semakin banyak ujian tertimpa atasmu, itu merupakan indicator kasih-sayang Tuhan terhadapMu.
Kadangkala sukar untuk dimengerti kenapa doa tidak terjawab. Cepat-cepatlah usir prasangka buruk terhadap Tuhanmu. Boleh jadi Dia sangat gembira untuk sering mendengar keluh-kesahmu, jadi permohonanmu lambat untuk diperkenankan. Tapi kadangkala juga cepat-cepatlah muhasabah diri, kerana mungkin maksiat yang terus-terusan kau lakukan menjadi hijab pertolongan Tuhan kepadamu.
Kadangkala penat mengeluh kenapa noda-noda mazmumah dalam hati begitu sukar untuk terpadam. Mungkin juga kurang zikrullah. Mungkin juga masih banyak bebanan-bebanan yang menjadi perosak hati.
Sekadar kata-kata peringatan buat diriku sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

ummm..pokok yg dh membesar dgn matang..;) perlahan2...tapi langkah yang pasti...moga Allah redha...