Sunday, December 02, 2007

impian

Saya perasan sering juga kami berbincang-bincang tentang apa yang ingin dilakukan saat pulang ke Malaysia meniti usia dewasa di Malaysia. Banyak benar 'plan' kami. Samaada angan-angan Mat Jenin atau suatu realiti di masa hadapan, saya rasa saya patut gembira kerana sekurang-kurangnya setiap perancangan yang terkeluar dari lidah-lidah ini sangat pasti hadir atas kefahaman terhadap Islam dan ingin menolong umat, bukan kerana keuntungan.
Ada antara kami yang aktif dan berminat terhadap teater ingin menerbitkan teater-teater bercirikan Islam.
Ada yang teringin membuka perusahaan penternakan ayam.
Ada yang teringin membuka kedai-kedai runcit yang diharapkan akan menjadi sehebat rangkaian-rangkaian Tesco, Woolworths, dan seangkatan dengannya bagi menyediakan alternatif kepada ummah yang sangat bergantung kepada produk-produk syarikat Zionis.
Ada yang teringin membuka butik pakaian-pakaian muslimah yang santai tapi menepati ciri Islam yang inginkan ia labuh dan tidak brunsurkan tabaruj.
Besarnya cita-cita kami. Padahal kami pelajar education dan linguistics. Heheh. Mungkin impian yang kalau diizinkan Allah akan menjadi kenyataan. IA
Yang penting, anak-anak baru yang bakal kami terima di alam pekerjaan setahun dari sekarang harus diberi perhatian sempurna dahulu.

No comments: