Monday, June 30, 2008

Doktrin mengikut tanpa berfikir

Saya telah belajar dan berjaya mengubah persepsi saya dalam banyak perkara sepanjang tahun ini. Meskipun banyak perkara akademik melingkari kehidupan saya, tetapi ternyata dalam sedikit pengalaman tentang sesuatu yang lain telah berjaya mengubah pandangan dan pemikiran. Saya berharap dalam keadaan ini, (praktikum) saya akan berjaya lagi mencari pandangan baru dan seterusnya memusnahkan ketakutan yang menguasai saya selama ini. Banyak perkara yang kelihatan di permukaannya jernih kadangkala keruh di dasar.
Saya juga turut belajar tentang mereka yang lain dari saya. Belajar macam ini ada dua kemungkinan, samaada saya akan menjadi seperti mereka atau ia akan menambahkan lagi keyakinan terhadap prinsip dan apa yang saya pegang selama ini. Kerana sebelum ini, saya diajar untuk tidak menilai sesuatu sehingga saya memahaminya.

Jadi, saya rasa ingin mengajak rakan-rakan yang belum pernah cuba untuk belajar sesuatu yang mereka dengar, lihat dsbnya, tetapi tidak pernah tahu untuk mempelajarinya. Kerana saya juga pernah dan sedang. Tidak rugi belajar kerana kita perlu senantiasa menyelidik dan mempersoalkan.

2 comments:

Jarod Yong said...

I believe it was Mahatma Gandhi who said:
Live like you’re going to die tomorrow. Learn like you’re going to live forever.

And we are living it!
=)

Far Azmi said...

:)

Prophet Muhammad SAW also said about almost similar thing:

"Do 'ibadah' as if you're going to die tomorrow and work as if you're going to live forever"

and on 'knowledge and learning': 'Belajarlah hingga ke negeri China'.