Begitu banyak jangkaan yang mengatakan kita adalah generasi yang akan menyaksikan perang 'armageddon'. Sejauhmana kebenaran itu, hanya Allah yang mengetahui. Ini turut diakui oleh Ronald Reagen.
Berdasarkan apa yang berlaku dalam situasi politik dunia kala ini, Amerika yang tegar mempertahankan Zionis, Iran yang tidak habis-habis diancam akan diserang, dan pihak Zionis yang bertungkus-lumus menyiapkan kelengkapan perang canggih kerana percayakan hadis Gharqad, tidak dapat tidak menggambarkan kesediaan mereka dan keyakinan mereka yang kiamat semakin hampir.
Namun, kiamat dalam erti kata kemusnahan dunia yang sebenarnya tidak akan terjadi sehingga Nabi Isa alaihissalam turun menghalau Yahudi dari bumi Palestin. Dikatakan Golden Age semakin mendekat dimana Islam akan mentadbir dunia.
Apapun, harapanku, aku ingin menjadi orang yang bermanfaat kepada dunia dalam cara ku sendiri. Cara yang aku mampu sebagai seorang Muslim yang akan kembali kepada Tuhannya walau dimana zaman pun aku berada.
No comments:
Post a Comment