'Sebenarnya apa yang berlaku dan apa yang orang lain kata tidak memberi sebarang kesan. Perkara yang memberi kesan adalah apa yang diri sendiri tekankan kepada dirinya. Benda-benda alam, kejadian dan peristiwa tidak mampu menekan jiwa seseorang. Orang itulah yang menekan jiwanya sendiri.'
Saya tercari-cari jawapan di sebalik kekosongan jiwa yang melanda dengan begitu dasyhat kebelakangan ini.Begitu kosong hingga menyesakkan jiwa. Alhamdulillah saya menemukan jawapannya dalam sebuah buku yang menjadikan Al-Quran sumber rujukan utama di library sekolah saat kekusutan yang sangat hebat melanda diri ini. Jawapan itu adalah 'REDHA'.
Redha adalah menerima segala takdir Tuhan. Begitu banyak tugasan yang hati saya tidak redha untuk melakukannya. Begitu banyak kejadian dalam hidup yang saya mendapati begitu payah untuk hati ini menerimanya. Akibatnya diri menzalimi diri sendiri kerana tidak yakin yang ketentuan Allah adalah adil. Kerana Allah telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Nya. Mustahil takdir Tuhan itu tidak adil. Rupa-rupanya sayalah yang menzalimi diri sendiri. Saya tidak redha.
Redha memerlukan kesabaran yang tinggi. Begitu lama saya cuba memahami kenapa Nabi Ya'kub mengatakan 'Sabar itu cantik.' Saya mula berpendapat sesuatu yang cantik itu adalah seni yang kompleks dan rumit sepertimana karya-karya seni hebat dunia. Saya menganggap kesabaran adalah seni yang tiada tolok bandingnya. Saya dapat merasakan kerumitannya.
Inilah seni yang saya begitu terharu kerana dapat menikmatinya.
1 comment:
salam farah,
well said. tak pernah terfikir untuk memahami 'sabar itu cantik'.. Sangat menarik =)
Post a Comment