Wednesday, December 27, 2006

Entri

Baru balik dari Melbourne. Penat tapi gembira. Banyak pengisian yang bes. Antara salah satu yang terlekat kat hati adalah dari kak aini. Dikisahkannya tentang seorang kawannya yang sangat kesian, kurang disukai oleh cikgu-cikgu dan senior-senior yang lain walaupun dia rasa dia dah buat yang terbaik dalam menjaga hati mereka-mereka itu. Hinggakan dari sekolah menengah dicalonkan jadi pengawas sampai di ipt tercalon jadi mpp semuanya tak berjaya hanya kerana tidak disukai. Dia pun bingung tak tahu kenapa. Jadi dari situ dia bertekad biarlah apa yang manusia lain nak rasa kat dia. Sebab mustahil kita nak puaskan hati suma org. Manusia. Susah nak jangka. Pada dia apa yang penting adalah pandangan Allah terhadap dia. Buat apa kalau kita harapkan semua orang suka kat kita tapi Allah tak suka. Selagi kita nak menurut kehendak setiap manusia selagi itulah memang takkan habis2. Sebabnya, manusia tak boleh lihat kedalam hati. mcm saya juga. Tapi Allah boleh. Allah tak menilai pada rupa. Tapi manusia selalu begitu. Mcm saya jugak. Nk berkawan memilih yang sama taraf atau sama minat dan lainlain lagi.
Oh ye sebenarnya tazkirah tu dan kisah tu adalah nk relate dgn kisah pemindahan kiblat. Pada waktu itu kiblat yang asalnya dipindahkan ke Masjidilharam (Makkah) telah diperintahkan oleh Allah agar dipindahkan ke Baitulmaqdis (Jerusalem). Berita ini telah menggembirakan hati para Yahudi dan mereka mengejek2 umat Islam pada masa itu dengan menganggap betapa itu menunjukkan mereka adalah bangsa pilihan Allah. Ini benar-benar menguji iman Nabi SAW dan para sahabat pada waktu itu. Nabi SAW walaupun kurang gembira dengan wahyu tersebut tidak berani untuk memohon doa kepada Allah agar kiblat itu tidak dipindahkan. Kerana itu adalah perintah Allah. Kisah tadi tu adalah nk relate dgn kisah ini. Betapa walaupun dicemuh, Nabi SAW dan para sahabat yang teguh imannya tetap menurut perintah Allah walaupun hati tak suka dan menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir Quraisy dan Yahudi pada waktu itu. Tetapi akhirnya, kiblat dipindahkan kembali ke Masjidilharam. Rujuk (2:142). Maka terdiam la balik mereka2 yang mencemuh2 itu.
pengajarannya di sini yang boleh diambil just peringatan untuk diri saya sendiri biar tak cool pada mata manusia asalkan cool di mata Allah. Tak cool=neraka. Nauzubillah.

No comments: