Harapan
Janganlah lemah wahai jiwa
Kuatkan semangat dan tekad
Cetuskan keazaman
Tinggalkan angan-angan yang tak pasti
Yang remeh-temeh bukan keutamaan
Sekadar mainan penghalang cita-cita
Janganlah kerdil wahai jiwa
Jangan rendahkan dirimu dengan perkara-perkara hina
Tujuan kita
Tegakkan kalimah Lailahaillallah
Di atas muka bumi ini
Kerana redha Mu Allah yang kami damba
*semoga madrasah Ramadhan akan berjaya membentuk jiwa seorang pejuang yang hanya takut dan berharap kepada yang Mencipta. Amin
No comments:
Post a Comment