Wednesday, September 12, 2007

Kejatuhan Andalusia - Penting!
Esok puasa. Tetamu yang dinanti-nanti bakal berkunjung ziarah. Seperti yang telah ditakdirkan Allah, banyak peristiwa-peristiwa besar yang terjadi dalam bulan Ramadhan. Peristiwa paling besar ke atas kita semua pastinya peristiwa turunnya wahyu pertama di Gua Hira'. Malahan banyak sekali perang-perang besar Islam yang terjadi di bulan Al-Quran ini. Ini bicara Allah kepada kita akan betapa puasa itu bukanlah alasan untuk menjalani hari-hari di bulan Ramadhan dalam kadar produktiviti yang lebih kurang berbanding hari-hari biasa. Sebenarnya saya tertarik dengan peristiwa pembukaan kota Andalus yang terjadi juga di bulan Ramadhan yang diketuai oleh Tariq Ziyad yang tidak silap berusia 17 tahun ketika itu pada tahun 92 Hijrah. Saya juga tertarik dengan peristiwa di sebalik kejatuhan kota Andalus. Di masa itu tentera-tentera salib mencari-cari peluang untuk mendapatkan kembali Andalusia. Bagi memastikan sejauh mana mereka berpeluang untuk menawan kembali kota idaman mereka, dihantar seorang utusan untuk meninjau-ninjau keadaan di kota Andalus.
Pada kali pertama kedatangan utusan itu, dia mendapati seorang anak kecil di Andalus menangis. Lantas dia bertanya:
"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"
Anak itu menjawab, "Aku sedang cuba memanah seekor burung, tapi sasaranku tidak mengena. Aku kecewa dengan ketidakupayaan memanahku."
Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukanlah masa yang sesuai untuk menyerang Islam di Andalus memandangkan anak kecil sendiri sudah punya semangat dan kekuatan.
Di tahun seterusnya, utusan itu dihantar lagi ke sana. Kali ini dia bertemu dengan seorang anak kecil yang menangis. Lantas seperti biasa, dia bertanya:
"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"
Anak itu menjawab, "Aku sedih sekali. Aku masih tidak dapat hafal syair-syair." Syair-syair yang dimaksudkan adalah syair puji-pujian terhadap Allah.
Lalu, utusan itu menyimpulkan itu bukan juga masanya lagi untuk menyerang Andalus kerana pemikiran umat Islam yang meletakkan Allah sebagai keutamaan lebih dari segala keutamaan dalam kehidupan.
Dan pada tahun-tahun berikutnya, utusan dihantar lagi. Bertemu lagi dengan seorang anak kecil. Lalu, dia bertanya:
"Mengapa kamu menangis wahai anak kecil?"
Anak itu menjawab, "Aku sedih begini kerana putus cinta.
Lalu, kali ini dia benar-benar yakin itulah masa paling sesuai untuk menyerang kota Andalus kerana perang saraf yang dilancarkan mereka nampaknya berjaya. Mungkin dia melihat umat Islam di Andalus mula lemah dari segi pemikiran dan spiritual. Berbanding tahun-tahun lalu, di mana anak-anak kecil menangis kerana Allah, tahun tersebut mula nampak kepesongan umat Islam.
Jadi, Andalus pun diserang tahun itu setelah bertahun-tahun di bawah pemerintahan Islam hingga jadilah Sepanyol yang kita kenali sekarang.
Saya ingin memetik kata-kata dari sebuah blog, lebih kurang begini,
"Jangan harap ingin dirikan negara Islam sekiranya kita masih tidak mendengar anak-anak kecil sesama mereka berbicara tentang kebesaran Allah, (instead, Power Rangers, Naruto etc.)
jangan harap ingin dirikan negara Islam sekiranya kita masih tidak bertemu orang-orang muda sesama mereka berbicara tentang kebesaran Allah, (instead, mungkin Artis, Gadget terbaru etc.)
jangan harap ingin dirikan negara Islam sekiranya kita masih tidak bertemu orang-orang tua sesama mereka berbicara tentang kebesaran Allah, (instead, mungkin politik, bola etc.)
Menegakkan Islam dalam diri sendiri pun sangat susah (seriously!). Apatah lagi ingin Islam itu tertegak di luar. Jadi perlunya kita menegakkan Islam dalam diri dahulu yang memang sangat-sangat susah. Nah, inilah peluangnya. Ramadhan yang memberi peluang untuk kita menjadi orang-orang bertaqwa. Rujuk (2:128).
Wallahu'alam.

1 comment:

rienmiel said...

saya pun suke kisah tariq bin ziyad n andalus tu...hehe