Sesekali dia marah. Dia marah akan kekacauan yang melanda jiwa. Sesekali terdetik rasa cemburu terhadap mereka yang dari luarnya seakan insan paling bahagia di dunia. Mereka bebas. Tiada perlu memikir apa pun. Tapi kadangkala dia kembali bertanya akan diri sendiri, sanggupkah dia memilih untuk hidup menjadi manusia yang sebegitu. Hidup gembira dalam dunia sendiri? Wajarkah disamakan dengan katak di bawah tempurung? Katak punya potensi untuk melompat tinggi tapi semua sia-sia andai tempurung tetap jua menjadi pilihan meniti hari-hari seharian tanpa perlu membebankan fikiran dengan apa pun?
Tidak sekali-kali. Dia rasa dia tidak sanggup hidup begitu. Saat ini dia merasakan perlu bersyukur atas kekacauan yang melanda jiwa. Atas rasa gundah yang dikecapinya, samaada bersebab ataupun tidak bersebab.
"Dengan masalah manusia itu akan mula mencari-mencari. Mula mendekati hikmah yang tersembunyi atas kegusaran yang terhasil dari ketidaktenangan jiwa. Dengan kegelisahan manusia mula berfikir, mencari diri, mengungkapkan pertanyaan demi pertanyaan atas punca kekacauan itu. " itu kata hatinya.
Dia sekadar membayangkan, adakah dirinya akan bersusah-payah menjadi pencari hikmah atas setiap sesuatu andai dia manusia yang bebas dari konflik? Tapi siapalah yang tidak terlepas dari konflik? Mungkin bentuknya berbeza-beza.
Dan adakah harus dia bersyukur atas rasa kacau itu? Kerana dari situ dia menjadi pencari hikmah...Sekurang-kurangnya dia memilih untuk menjadi pencari hikmah daripada menjadi katak yang selesa dengan tempurungnya.
1 comment:
therefore the truth is ignorance IS bliss...
everyone is ignorant in some way...
yet there is not possible to be totally ignorant...
so the question is...
how ignorant do you want to be?
how much mental & emotional torture do you want to endure?
Post a Comment