Suasana yang aman dan stabil yang dikecapi oleh negara kita dulu dan masih lagi sekarang merupakan suatu rahmat kepada para pencinta Islam yang ingin memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Namun, cubaan segelintir pihak untuk menentang parti dan dasar-dasar kerajaan pemerintah dengan cara yang menyebabkan keamanan dan suasana yang bebas dari bahaya di negara ini terkorban menyebabkan saya merasakan lebih baik difikirkan cara lain yang akan membawa kemaslahatan buat semua pihak dan ini adalah satu cara yang terbaik. Mungkin kerana kita jarang dan sebenarnya belum pernah berpengalaman merasai penderitaan rakyat negara lain yang menyebabkan kita mengambil mudah soal keharmonian. E.g. Banyak rakyat Iraq merasakan lebih aman di bawah pemerintahan Sadam Hussein yang dikatakan kejam tetapi di zaman beliau rakyat Iraq merasa kehidupan dari sudut mencari rezeki (pluang pekerjaan lebih mudah). Begitu juga dengan negara Indonesia, ibu saya pernah ke sana dan salah seorang pemandu teksi yang membawa ibu saya berpendapat kehidupan di zaman Suharto lebih mudah berbanding sekarang (dia didakwa atas tuduhan rasuah).
Jadi, saranan Tn Guru Hj Nik Aziz ini wajar sekali dilihat sebagai suatu yang positif untuk memulihkan kembali keadaan dan menyatukan kembali orang-orang Melayu yang berpecah-belah. Penyatuan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada satu kaum sahaja, tetapi turut kepada kaum-kaum lain lain kerana ini menggalakkan kerjasama yang jujur dan telus dalam segenap aspek dan bidang. Negara Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW adalah model terbaik bagaimana negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama (Islam, Yahudi, Kristian) dapat mengecapi suasana aman dan bebas dari penindasan. Dan dengan izin Allah ini tidak mustahil akan berlaku di Malaysia.
Cadangan bubar UMNO dan Pas akan dibawa ke Muktamar Pas - Nik Aziz
KOTA BHARU 27 Julai — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan beliau supaya Pas dan UMNO dibubarkan bagi membentuk satu parti baru akan dibawa ke Muktamar Tahunan Ke-54 parti itu di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos depan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu.
“Kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Indusri Halal Nasional, di sini, hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.- Bernama
No comments:
Post a Comment