Monday, November 05, 2007

certain things in life does not deserve too much attention
Banyak perkara dalam hidup terlalu di'overrated' hinggakan kebenaran dan tujuan sebenar terselindung.
Contoh. Cinta (lelaki, wanita). Friendster saya kadangkala penuh dengan bulletin 'I miss you', 'ku ingin di sampingmu' etc. Nanti bila sudah putus, 'i hate you', 'i am independent now, i can be without you'... bla bla bla.
So what? No one can be independent. It is a fitrah that human will look for something than he/she can hold on to.
Saya cuma tersedar. Manusia dan saya juga suatu masa dulu lupa akan tujuan utama kehidupan.
'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia KECUALI supaya mereka beribadat kepadaKu [51:56]."
Cinta yang dilarang syariat dipromosikan besar-besaran di media. Bukan cinta sahaja, musik, fesyen, teknologi terkini etc. hingga manusia semua berlumba-lumba mengejar itu kerana seperti yang saya katakan tadi secara fitrahnya manusia akan mencari untuk berpegang kepada sesuatu yang mendatangkan kegembiraan jiwa.
Tapi, logik akal juga tahu kalau ingin berpegang kepada sesuatu, peganglah kepada sesuatu yang kukuh, yang pasti.
Tapi keadaan lain, kerana perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dipromosikan, diiklankan dengan meluas di media massa.
Kurang promosi terhadap Islam, kurang promosi terhadap pejuang-pejuang Islam (kanak-kanak lebih kenal batman, britney spears dari Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubbi dan para sahabat sendiri).
Kurang promosi terhadap betapa lazatnya cinta kepada Allah. Cinta yang bukan sekadar terjemahan kata-kata. Tetapi seiring dengan amalan.
Allah. Inilah yang pasti. Inilah yang kukuh. Inilah yang harus menjadi keutamaan dalam hidup.
Orang yang cinta akan sesuatu, akan sentiasa menceritakan tentang cintanya kepada yang lain. Akan sentiasa menyebut-nyebut tentang kekasihnya dalam majlis mahupun teringat saat sendirian.
Cintakah saya akan Tuhan? Mahu bercakap dan bercerita tentang kasih Allah pun terasa awkward.

1 comment:

awan said...

paragraph terkhir menusuk jiwa..

cintakah aku akan Penciptaku???

bukti?

malukah aku mewar-warkan cinta suci in jika ia sebuah cinta?

*_*

refleksi time..