Tuesday, November 13, 2007

la tahzan

Ya Allah!
Rasa putus-asa nyaris-nyaris membunuh saya.
"Boleh jadi selangkah lagi kakimu ingin ke syurga, tetapi kerana ketidaksabaranmu engkau tergelincir ke dalam neraka".
Nauzubillah.
***
Setiap kali hati dirundum kegelisahan dan ketidaktenangan salah satu cerita yang saya teringat adalah tentang ibnu Taimiyyah. Dia pernah mengatakan,
"Andai penghuni syurga mampu merasai apa yang aku rasakan (kegembiraan, ketenangan jiwa), sungguh mereka memiliki kehidupan yang baik. "
Dan lagi satu, saya tidak ingat kata-kata siapa.
"Seandainya raja-raja tahu betapa bahagianya kehidupan kami hasil jiwa yang tenang, pasti mereka memerangi kami untuk mendapatkannya."
Saya sedih kerana terlalu ingin perasaan yang sedemikian. Ia bukan rasa yang sering anda dalam jiwa setiap masa.
Memburu ketenangan dalam kesibukan dunia yang mungkin dalam tidak sedar mencetuskan kecintaan terhadap dunia.
Ya Allah, leraikan dunia dalam hatiku.

1 comment:

rienmiel said...

yup...it's true...
kalaulah ketenangan itu boleh dibeli dgn wang...
dengan ketenangan, kita seolah-olah x perlu apa2 lg di dunia ini sbb ketenangan itu hadiah dr Allah...
nikmat yg tidak ternilai...
ia x selalu hadir, tp sekali ia hadir...tak terungkap rasanya kegembiraan hati...bila ia berlalu, ntah bila akan kunjung tiba kembali...
hanya doalah sebagai modal untuk membelinya kembali...
iA, moga Tuhan memakbulkan rintihan hati...