Tuesday, October 09, 2007

iftar

3 hari lepas, sempat beriftar bersama-sama komuniti Indonesia yang belajar di Macquarie atas jemputan Anal dan Teh Lusi. Makanan yang lazat, keramahan yang sangat dan segala-galanya membuatkan hari itu hari yang sweet. Komuniti Indonesia di sini lain dari komuniti pelajar-pelajar Malaysia kerana banyak antara mereka terdiri daripada yang telah berkeluarga dibandingkan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Macquarie yang semuanya masih muda dan bujang-bujang belaka. Jadi, banyak sekali bayi. Sempat ketemu Zaudah (baby Mbak Ping) yang cepat membesarnya dan Kasya (baby Teh Lusi) yang asyik tidur saja ;) Dua-dua comel. Ada juga bayi-bayi lain yang saya tidak kenal nama.

Makanan 5 thumbs-up! Yang paling saya suka air. Air cikang yang berais. Padahal hari tu batuk-batuk. Kesannya batuk semakin melarat. Tapi kerana air yang hanya boleh didapati di pasar-pasar malam di Malaysia, saya gagahkan jua. Makanan Malaysia dan Indonesia lebih kurang sahaja. Benar!

Sambil-sambil menunggu solat jemaah maghrib, sempat juga saya berkenalan dengan mereka yang saya belum berkenalan dengan mereka di Uni. Sekadar senyum-senyum sahaja. Ris, gadis yang ala-ala pelakon filem Indo yang cantik. Pernah ke Malaysia tahun lepas menemani abangnya menonton F1 race di Sepang. Lagi bertambah ciri-ciri watak yang sering kita lihat di movie. Ika, sudah berusia dewasa. Amirah, Mirah dan banyak lagi yang lain. Juga tuan cateirng yang menyediakan masakan yang lazat. Mereka semua dari peringkat usia yang berbeza. Tapi keramahan mereka sama. Melayani kami berdua bagaikan sama asalnya. Ini sungguh membuatkan kami terharu. Sweet.

Kelakarnya, mereka berbicara dengan kami dengan menggunakan bahasa inggeris. Mungkin takut kami tak faham sedangkan saya boleh faham hampir setiap butir perbualan mereka. Lain la kalau saya bercakap bahasa Melayu, pasti mereka sukar untuk faham. That's always the case. Really.

Jadi, apa kesimpulannya saya menceritakan ini? Saya merasa sedih untuk meninggalkan bumi Australia ini kerana mungkin di tanahair saya tak dapat merasai pengalaman beriftar atau bermajlis bersama-sama dengan saudara seakidah saya dari negara lain. Di musolla, beriftar dengan mereka yang berbangsa Arab, Turki, India dan lain-lain dan di majlis iftar ini. Suatu pengalaman manis tinggal di rantau orang adalah merasai perasaan berummah atau perasaan kesatuan ummah itu sendiri yang mungkin kurang 'feel' nya di negara sendiri kerana sekelilling kita orang-orang Melayu.

Kata Prof Ungku Aziz, yang mungkin applicable juga untuk bangsa-bangsa lain.

"Orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individulistik." We mean kommunistik.

Ada kebenarannya kata-kata itu. Bukan sekadar untuk orang Melayu, tapi juga buat bangsa-bangsa beragama Islam lain di dunia ini. Nasionalism membunuh kesatuan ummah ini. Di mana kepentingan bangsa teratas dari segalanya. Padahal bila menyatakan Allah sebagai ilah yang satu, perbezaan ini secara geografiknya terhapus. Semua jadi sama.

Mungkin ada yang kata nasionalisme ada baiknya dan selariannya dengan Islam, tapi saya kurang gemar dipeningkan. Pernah terbaca artikel bagaimana penulis itu menerangkan konsep liberalisme, kapitalisme dan nasionalisme sebagai suatu yang memang terdapat di dalam Islam, tapi minda kecil saya tidak suka dikelirukan.Biarlah Islam itu Islam. Tidak perlu ditabalkan dengan nama-nama lain.

Jadi, malam itu, Ika menghantar saya dan Syada pulang. Indahnya persaudaraan. Hingga hari ini hangatnya kemesraan mereka melayani kami berdua masih terbayang-bayang di ingatan. Australia yang bakal ku rindui.

1 comment:

Rosyada said...

farah,
sgt sweet post ni!
:)