Saturday, December 06, 2008
Ada apa dengan 5.5?
Tapi, kita tinggalkan soal itu dulu. Lain hari boleh cerita.
Kerana malam ini malam terakhir saya bergelar pelajar. Maknanya saya tidak dapat lagi berlagak bagai anak-anak remaja di hadapan. Jadi malam ini saya harus memecahkan kebuntuan tentang bagaimana ingin menerangkan atau menyimpulkan 5.5 tahun saya di lapangan ini sebagai pelajar perguruan. 5.5 tahun itu sangat lama. Lebih kurang 1/4 daripada usia saya sekarang. Subhanallah.
So, terlalu banyak untuk disimpulkan. Sempat juga saya katakan kepada rakan saya yang seorang ini sambil menikmati teh tarik yang dalam hidup ini kita akan bertemu beberapa orang manusia yang mampu mengubah kita. Sebetulnya di institusi ini saya ada menemui orang-orang semacam ini. Rakan saya berpendapat tempat ini telah mengubah hidup. Saya juga berpendapat sama tetapi saya lebih percaya perubahan dalam diri saya selalunya diorientasikan oleh manusia, bukan tempat. Tetapi tempat juga memainkan peranan besar, kerana tempat berlainan bermakna karakter manusia yang berbeza akan ditemui.
Jadi, saya ingin berterima kasih kepada orang-orang ini kerana menjadi medium perubahan diri saya. Sebetulnya saya teruja ingin menemui lagi orang-orang seperti ini sewaktu saya melangkah ke fasa pekerjaan nanti. Tapi ini bukannya selalu berlaku kerana hanya segelintir yang mampu memberi impak besar dalam kehidupan kita. Tapi Tuhan adalah pengatur yang sistematik. Semua ini akan berlaku apabila ruang dan masa yang paling sesuai bertemu.
Apa lagi yang boleh dikatakan tentang 5.5 tahun ini? Banyak. Dan saya takut kalau ditulis lagi akan melalut ke persoalan lain. Rakan saya ini berpendapat semua ini terlalu kompleks untuk disimpulkan. Kerana ia turut melibatkan apa perasaan anda di pengakhiran semua ini. Sedih atau gembira? Kalau gembira, saya gembira juga untuk anda. Kalau sedih, bersyukurlah kerana ia memberi lebih ruang untuk mendalami perkara ini dengan lebih mendalam yang akan membawa pengajaran-pengajaran baru.
Kata Einstein masa itu relatif. Ibaratnya berada di atas gerabak keretapi tak berbumbung disinari cahaya matahari. Semua orang di atas gerabak menerima cahaya yang sama. Tetapi sejauh mana tempoh kepanjangan masa sepanjang di atas gerabak itu mungkin relatif bagi setiap orang. Sama dengan pengalaman yang diibaratkan seperti cahaya tadi. Semua orang merasai pengalaman yang sama. Tetapi apa yang kita perolehi dan belajar dari pengalaman tersebut berbeza. Kes yang sama dengan 5.5 tahun ini =) Apa yang kita dapat? Haruskah bilangan manfaat yang diambil dari 5.5 ini diukur dengan gred ijazah? Jawapannya berbeza bagi setiap individu =D (Saya belajar dengan salah seorang insan yang mengubah hidup saya yang manusia ini ada empat jenis, sama juga dengan alam ini yang ada 4 sisi)
Biar apapun, kami cuma berharap dapat mengubah dunia menerusi profesion pendidik ini. Dan apa-apa yang berlaku sepanjang 5.5 tahun ini adalah batu loncatan ke arah cita-cita besar tersebut (Saya seorang idealis).
Kawan-kawan! Maafkan saya atas segala-galanya.
Selamat mengubah dunia!
Wslm
Tuesday, December 02, 2008
Laskar Pelangi ke Movie
OST
Trailer
Friday, November 21, 2008
Mereka , sang pencinta wanita yang tidak memahami perempuan
For they look at her through the veil of desire and see only the shape of her body.
And they look at her through the magnifying glass of self-love and find in her only weakness and submission." - Kahlil Gibran
Thursday, October 23, 2008
A Book Review: Laskar Pelangi by Andrea Hirata
“Kami adalah sepuluh umpan nasib dan kami seumpama kerang-kerang halus yang melekat erat satu sama lain dihentam deburan ombak ilmu.”
Laskar Pelangi adalah novel dan kisah benar tentang kehidupan 10 orang anak Melayu Belitong (salah seorang daripada mereka bangsa Tionghua dan penulis juga adalah salah seorang dari mereka) dari awal perjalanan mereka di Sekolah Islam Muhammadiyyah di Pulau Belitong, Indonesia yang usang dan miskin hingga mereka melangkah ke alam realiti, alam dewasa. Di sekolah usang itu, bersama-sama pasangan guru Ibu Muslimah dan Pak Herfan yang hanya menerima gaji sebanyak 15 gantang beras sebulan, sekumpulan anak-anak yang luar biasa ini menimba ilmu dan berusaha dengan kemampuan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan membina diri secara holistik.
Tetapi dari awal, saya seakan-akan diajak untuk menjadi salah satu daripada pelajar tersebut. menghayati perih jerih mereka hidup sebagai anak melayu miskin belitong. Ironinya, Belitong, digambarkan sebagai Tower of Babel. Ia ibarat syurga yang penuh kekayaan yang malangnya kenikmatan dan kekayaaan itu terperangkap di Gedong, kawasan elit di Belitong. Kekayaan Belitong datangnya dari anugerah bijih timah kurniaan Tuhan yang secara majoritinya hanya dinikmati oleh satu golongan orang sahaja. Anda akan merasa marah, kecewa dan mungkin seperti ingin membunuh orang dengan ketidakadilan ini sepanjang membaca novel. Dari satu sudut, Andrea Hirata telah berjaya dengan cara beliau sendiri untuk mengungkapkan rasa ketidakpuasan terhadap agihan ekonomi yang nyata membawa impak yang besar dalam hidup warga miskin Belitong.
Kemiskinan, seperti yang digambar dalam novel, menjadi musuh buat mereka yang lahir dengan potensi. Anda akan turut marah seperti Andrea Hirata di novel,
“Aku marah, kecewa pada kenyataan begitu ramai anak pintar yang terpaksa berhenti sekolah kerana alasan ekonomi. Aku mengutuki orang-orang bodoh berlagak pintar yang menyombong diri dan anak-anak orang kaya yang mensia-siakan kesempatan pendidikan.”
Dari sisi lain novel, anda akan tersenyum dengan keindahan cinta pertama, kemenangan bermaruah pelajar-pelajar Muhammadiyyah yang miskin ini meskipun reputasi sekolah mereka terkenal tidak baik kerana miskin dan dengan caranya ia memberi keyakinan dengan ‘hati dan jiwa’ yang besar segalanya mampu dihadapi meskipun anda seekor tikus yang lawannya adalah gajah. Selain ketawa, tidak dapat lari tidak anda akan menangis dan mungkin tersenyum dengan keindahan zaman kanak-kanak mereka yang penuh deskripsi bukan sahaja perasaan watak-wataknya malah tempat indah yang menjadi latar belakang kenangan Andrea. Dan sebagai seorang guru, jiwa anda juga akan turut tersentuh dan novel ini datang seakan-akan azimat berharga dalam memberi anda kekuatan jika anda seorang guru yang dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar. Satu pengajaran berharga: setiap anak lahir dengan potensi dan bakat dan di dengan latar belakang keluarga yang susah, hanya guru yang dapat mencungkilnya. Dan bersedialah dengan kejutan geniusnya anak-anak ini yang akan menyebabkan anda ternganga. Anda akan menemui Isaac Newton/Michael Faraday atau Jules Verne/Warhol versi Melayu Belitong
Gaya bahasanya juga sangat bersahaja dan lucu seakan-akan membaca diari sendiri. Ia juga akan lebih indah andai anda suka atau rajin mengvisualize apa yang ditulis. Seolah-olah terasa sejuknya duduk di bawah redupnya pohon filicium, atau nikmatnya menjadi kanak-kanak ketika musim hujan dan betapa takutnya andai sesat di gunung.
Hukum Newton, muzik, kehebatan otak kiri dan otak kanan, anak nelayan, anak pelombong timah, kemistikan Tok Bayan Tula, Societe de Limpai, Michelle Yeoh versi penulis, Victorian style houses, kisah nabi-nabi, sejenis penyakit psikologi yang dipanggil mother complex, semua ini akan anda temukan dalam novel hebat ini menanti untuk dibaca sekiranya anda memerlukan sesuatu untuk membuatkan anda tersenyum dan menangis dan pada masa yang sama mengajar erti bahawa barang yang paling berharga dalam hidup walaupun anda membesar sebagai orang kaya, tokoh politik ternama, atau orang-orang berjasa seperti nelayan, posmen dan pelombong timah, bukanlah ‘wang’ yang dicari setiap hari, tetapi ‘kenangan masa lalu yang indah.’ Selepas membaca novel ini, saya mendapati masih terperangkap dalam kehidupan kumpulan Laskar Pelangi dan sukar untuk melepaskan diri darinya meskipun selepas itu beralih membaca novel lain.
Ini adalah sebahagian kata-kata menarik di dalam novel.
“Aku memberitahu kawan, cara bertindak Tuhan sangat aneh. Tuhan tidak tunduk pada hipotesis dan prinsip mana pun. Oleh kerana itu, Tuhan sama sekali tidak dapat diramalkan.”
“Orang Melayu, sebagaimana biasa, susah berorganisasi. Bukannya fokus pada ikhtiar untuk mencapai tujuan dan memenangkan persaingan tetapi sebaliknya mereka gemar sekali berpolitik sesama mereka sendiri.”
“Orang cerdas berdiri di dalam gelap, sehingga mereka boleh melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. Mereka yang tidak difahami orang sekitarnya. Semakin cerdas, semakin aneh mereka. Orang sulit ini tidak berteman, dan mereka berteriak berputus-asa memohon pengertian. Sebahagian daripada mereka amat menderita.
Sebaliknya orang tidak cerdas hidupnya lebih bahagia. Jiwanya sihat walafiat. Isi
kepalanya damai, tenteram, sekaligus sepi kerana tidak ada apa-apa di situ.Kosong.”
“Cinta, barangkali dapat memunculkan sesuatu, kemampuan atau sifat-sifat rahsia, yang tidak kita sedari sedang bersembunyi di dalam tubuh kita.”
Tuesday, September 16, 2008
when your existence becomes necessary to others
"Teacher why you didn't come to class yesterday? We thought you don't want to teach us anymore. We felt so lonely."
"Why, did she scold you?"
"No, teacher."
I know maybe they're used to having me as their English teacher plus I meet them 3x a week. But this was the first time I feel needed as a teacher. Thank you so much my students. You have made my day today. I'm gonna miss these pretty and clever students of mine. Now I feel guilty for being happy to leave the school soon.
Friday, August 29, 2008
Hari-hari kerja
Dalam karier (walaupun masih dalam praktikal) kesan dan kepuasan kerja akan berbeza bergantung kepada niat. Kalau niatnya benar, bagaimanapun hasilnya (samada bagus atau kurang) akan membuatkan samaada bertambah bersemangat atau redha dan cuba memperbaik apa yang kurang. Learn to appreciate failures.
Bulan puasa yang mendatang ini diharap akan meningkatkan kualiti kerja, kerana kerja kalau niatnya adalah ibadah, berganda-ganda ganjarannya dan pasti membuatkan kita lebih semangat dan bermotivasi.
Selamat datang Ramadhan!
Tuesday, August 12, 2008
Why Jerusalem is so important?
Jerusalem, though not mentioned its name in the Quran for it is referred as 'the land' in the holy book, is the place that influences the way this world works. Salahuddin Al-Ayubi once quoted saying, "those who conquers Palestine is the one who conquers the world." Looking at Jerusalem today, we simply know who is the one that rules the world today. However, Al-Quran has given hints what will happen in the future and according to the author of the book, the cloud has been lifted and the other books I've read also mention the same thing which is the fact that it is about the end of their domination (the Zionists) and the world are about to witness the Golden Age of a civilisation that once experienced its glory. And the starting point will be in Jerusalem? Wallahu'alam.
Hilmi Al-Chamatesy also wrote in 'Ummah Melayu:Kuasa Baru Dunia Abad ke-21" about the huge role played by Muslims in the Southeast Asia towards the Golden Age. And the fact that this is supported by hadith makes me even more convinced that the situation is getting better with a condition that Muslims who understand Islam is willing to work the very best for it according to their ability and potential. Of course all of us want to be part of the change.
Back to Jerusalem, once every Muslims realises how it is important to them, we will strive towards developing the Ummah for when the Ummah is strong, it is possible to have all the strength for fighting to get back what is ours, Jerusalem. If the Jew from all over the world is willing to leave their luxurious houses with beautiful scenery in Europe, Australia etc. to live in Jerusalem (and they werent born there) although they have to deal with the Arabs that hates what they did with the Palestinians, why not we, Muslims?
Ok, so if you want to know how the world works, watch Jerusalem..
p/s: the books I've read on Jerusalem and Palestine predicts that the return of Jesus is near. There was catastrophe which affected water level of Galilee River and one hadith said that Jesus will not come until the water in Galilee River has almost dried up or dried up. Allah knows best.
I haven't read this book, but look at its cover. What do you think? Haha
Bahasa Indah
Saya tahu Quran itu bahasa yang indah tetapi hingga ke hari ini tidak dapat saya rasa dan saya nikmati keindahannya dalam erti kata yang sebenar kerana tidak memahami bahasa itu sendiri. Saya ingin fasih bahasa Arab. Moga ini akan menambahkan lagi cinta pada Pencipta saya.
Friday, August 08, 2008
I hate robot
She wants to tell her loved ones, esp. her students how much she loves them but she cannot do that because either it doesn't have any emotions at all (which is so not true) or it is just not confident enough to do so.
*sigh* It's not easy to be me...
(could be because she herself isn't aware of her Great Great programmer)
Monday, August 04, 2008
Islam untuk bangsa, atau bangsa untuk Islam?
Perjuangan berbentuk kebangsaan adalah suatu tujuan yang murni. Namun hasrat memartabatkan bangsa mungkin menjadi hanya suatu tujuan apabila kepentingan mempertahankan maruah bangsa mengatasi keinginaan memartabatkan Islam Perjuangan berbentuk kebangsaan sama sekali tidak salah malangnya sesetengah cuba memadamkan fakta yang perjuangan Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Kilau hanyalah bersandarkan semangat nasionalisme sedangkan matlamat utama adalah Islam. Hasilnya, hari ini banyak program yang
Saturday, August 02, 2008
The sons have somewhat less than the father had, but the part given to the community is still enormously large
Do you really know and understand how the world actually works?
Tuesday, July 29, 2008
“Pesan”
Hari ini aku lihat kembali
Wajah-wajah halus yang keras
Yang berbicara tentang kemerdekaaan
Dan demokrasi
Dan bercita-cita
Menggulingkan tiran
Aku mengenali mereka
yang tanpa tentara
mau berperang melawan diktator
dan yang tanpa uang
mau memberantas korupsi
Kawan-kawan
Kuberikan padamu cintaku
Dan maukah kau berjabat tangan
Selalu dalam hidup ini?
Sunday, July 27, 2008
Penyatuan UMNO-PAS
Suasana yang aman dan stabil yang dikecapi oleh negara kita dulu dan masih lagi sekarang merupakan suatu rahmat kepada para pencinta Islam yang ingin memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Namun, cubaan segelintir pihak untuk menentang parti dan dasar-dasar kerajaan pemerintah dengan cara yang menyebabkan keamanan dan suasana yang bebas dari bahaya di negara ini terkorban menyebabkan saya merasakan lebih baik difikirkan cara lain yang akan membawa kemaslahatan buat semua pihak dan ini adalah satu cara yang terbaik. Mungkin kerana kita jarang dan sebenarnya belum pernah berpengalaman merasai penderitaan rakyat negara lain yang menyebabkan kita mengambil mudah soal keharmonian. E.g. Banyak rakyat Iraq merasakan lebih aman di bawah pemerintahan Sadam Hussein yang dikatakan kejam tetapi di zaman beliau rakyat Iraq merasa kehidupan dari sudut mencari rezeki (pluang pekerjaan lebih mudah). Begitu juga dengan negara Indonesia, ibu saya pernah ke sana dan salah seorang pemandu teksi yang membawa ibu saya berpendapat kehidupan di zaman Suharto lebih mudah berbanding sekarang (dia didakwa atas tuduhan rasuah).
Jadi, saranan Tn Guru Hj Nik Aziz ini wajar sekali dilihat sebagai suatu yang positif untuk memulihkan kembali keadaan dan menyatukan kembali orang-orang Melayu yang berpecah-belah. Penyatuan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada satu kaum sahaja, tetapi turut kepada kaum-kaum lain lain kerana ini menggalakkan kerjasama yang jujur dan telus dalam segenap aspek dan bidang. Negara Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW adalah model terbaik bagaimana negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama (Islam, Yahudi, Kristian) dapat mengecapi suasana aman dan bebas dari penindasan. Dan dengan izin Allah ini tidak mustahil akan berlaku di Malaysia.
Cadangan bubar UMNO dan Pas akan dibawa ke Muktamar Pas - Nik Aziz
KOTA BHARU 27 Julai — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan beliau supaya Pas dan UMNO dibubarkan bagi membentuk satu parti baru akan dibawa ke Muktamar Tahunan Ke-54 parti itu di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos depan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu.
“Kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Indusri Halal Nasional, di sini, hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya kedua-dua parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.- Bernama
aku optimis
But I am optimistic about the future of Malaysia. It's just that we might have to deal with the critical and difficult phase first and for sure we do not know (except God!) under whose leadership will Malaysia be brighter than she is today. Many intellectuals has predicted that this 21st century will witness a phenomena where the dominance of the west over the world is decreasing as other civilizations (Asians, Islam, etc) is becoming more powerful in terms of economy, military, etc. And our country, Malaysia is part of that civilization.
And especially for Muslims, there's a saying (hadith) by the Prophet Muhammad p.b.u.h:
"Islam during the end times (the last era before Qiyamah) will rise from the east".
And the east here refers to - Asia. And which part of Asia that has a number of Muslims? Definitely Malaysia, Indonesia, Brunei, some part of Thailand and Philippines. Doesn't that indicate that we are actually the hope of Ummah and it's best to not give up with what's happening now in our beloved country for there'll be an end for this (because I've heard some has thought of migrating to other country!) Everything will turn out good for everyone!
Well, only God knows best.
"Ask not what your country can do for you, but ask what you can do for your country (J. F. Kennedy)."
Saturday, July 26, 2008
Self-confidence
Self-confidence is not about self-sufficient. Humans no matter how strong they appear don’t have to right to deny that it is God that makes them the way they are and that He decides whatever outcomes He likes for our effort in doing something that is difficult and challenging for us.
Of course as humans there’ll be times we fail, but that doesn’t mean Allah purposely did that because He wants to humiliate us or whatever but this is one of His ways of testing His slaves. Men, when granted with something pleasing to the eye and heart, they tend to deviate from remembrance of Allah. Therefore, failure makes one to return back to the right path again.
At times, failure makes one feeling like committing suicides. But when we ponder deeply about our life, shame on us that we actually have too many things to be grateful compared to those failures that can be counted.
For this moment of time in my life, I have to say I don’t like the way things work. I feel like having to encounter 2,3 problems when most people around me may only need to focus on one difficulty only. As a result I questioned, ‘why these so easy things to others are so difficult to me?’
But then, I’ve found that everything as a result of this situation seems to amaze me in many ways. I was fascinated by God’s plan. He really tests His slaves according to their best capacity.
Even though at first I don’t like to be tested this way, but soon I’ve discovered a valuable something that keeps me going on. A treasure that keeps me alive.
Wednesday, July 16, 2008
EQ
Housemate aka Jr: I think you shouldn't worry. This is a minor prob only. *Serious face* We, ladies are always not good at handling emotions. We don't have that emotional intelligence kan at times?
Yes. Emotional intelligence. Maybe mine is low. I've realised each time I determine to look at life with spirit of love and optimism, something will come trying to ruin that determination, but if viewed positively, it is meant to make me stronger. It is like to test me. Reminds me of Native Deen's Life is a test.
XXX
Dari Anas ra, dari Nabi saw. bersabda, “Tiga perkara jika kalian memilikinya, maka akan didapati manisnya iman. (Pertama) orang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. (Kedua) mencintai seseorang semata-mata karena Allah swt. (Ketiga), tidak senang kembali kapada kekufuran setelah diselamatkan oleh Allah swt, sebagaimana ketidak-senangannya dilempar ke dalam api neraka.” (HR Bukhar Muslim dengan redaksi Muslim)
I don't want to love if it is not because of You.
How?
Struggle aka mujahadah
"We have to struggle. That's mujahadah. Learning to suppress the nafs (desire) for the sake of Allah subhanawata'ala. Because we are here for Allah. This is ikhlas. To do it for Allah's sake.. really! everything for Allah's sake. To do it for Allah subhanawata'ala! that's ISLAM.(Hamza Yusuf)."
Monday, July 14, 2008
Bukan daerah terlarang
"Aku rasa mereka yang mengaku ateis malas berfikir (i know we shouldn't generalise, but this could be one of the factors)".
"Benar. Mungkin kesenangan akan keadaan sekarang membuat mereka memilih jalan mudah.Pernah seorang alim berkata 'Aku tidak risaukan mereka yang berfikir kerana walau bagaimana sesat mereka sekalipun pasti kebenaran akan mereka ketemu jua akhirnya,, tapi aku risaukan mereka yang malas berfikir kerana merekalah yang dalam kesesatan sebenarnya."
Ahmad Wahib menukilkan dalam diarinya yang kini diterbitkan, "Tuhan bukanlah daerah terlarang dalam pemikiran. Tuhan yang mencipta akal, jadi bagaimana kuat pun kita berfikir pasti akal tidak berjaya menidakkan ketidakwujudan Tuhan. Kerana Penciptanya pasti telah meletakkan batasan terhadap akal itu."
Di dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang orang yang lalai." (7:179)
Berfikirlah. Kerana itu adalah perintah Tuhan.
Suatu contoh yang menarik untuk dinukilkan tentang kewujudan Tuhan adalah genius abad ke-20, Albert Einstein. Beliau berjaya menemukan sesuatu yang dipanggil Teori Relativiti. Pada mulanya, Einstein memalsukan kenyataan sebenar tentang teori ini. Kenapa? Kerana teori ini membuktikan kewujudan Tuhan. Tetapi akhirnya beliau memohon maaf kerana menipu dan mendedahkan perkara sebenar.
Dari wiki,
"Some of the consequences of general relativity are:
- Time goes more slowly at lower gravitational potentials. This is called gravitational time dilation.
- Orbits precess in a way unexpected in Newton's theory of gravity. (This has been observed in the orbit of Mercury and in binary pulsars).
- Even rays of light (which have zero mass) bend in the presence of a gravitational field.
- The Universe is expanding, and the far parts of it are moving away from us faster than the speed of light. This does not contradict the theory of special relativity, since it is space itself that is expanding.
- Frame-dragging, in which a rotating mass "drags along" the space time around it. "
In the Quran, 1400+ years ago, Allah has revealed that it is He who expands the universe while only in the 20th century people discovered about this.
"it is We Who have constructed the heaven with might, and verily, it is We Who are steadily expanding it. (Qur'an, 51:47)"
Subhanallah. This is one of Quran's miracles. Whether you believe it or not, this discovery is attributed by Allah's will to give knowledge about Him to those who think.
Saturday, July 12, 2008
Raoul vs Erik
So I had this discussion with the students about the chapter.
“So, if you were Christine, who would you choose?” I asked them.
“(obviously)Raoul!!!!!” the whole class answered.
“Why?”
“Because he’s handsome,” one of the girls in the naughty group answered.
“Yes, he’s handsome. Raoul has everything that Erik doesn’t. Wealth, pretty face and name for he is from well-established family. But Raoul also doesn’t have what Erik has. Do you know what is that ?”
One Indian student which I think is the most mature in the class responded, “Intelligence!”
“Yes, that’s true. Even though he’s not handsome and rich like Raoul he is a clever man. He’s a genius and a good music teacher.”
“But teacher, he’s cruel.” Another girl in the naughty group responded.
“Yes, he’s cruel. But why does he become like that?”
Another girl answered, “Because no one wants to accept him because of his face.”
“Yep. That’s right. It’s because of how the society treats him. They isolate him right? And I personally think that Raoul is shallow.”
“Why teacher?”
“Ok, if Christine weren’t beautiful (duh!) would he love her? I think he won’t.”
And the girls just nodded.
One girl who is also in the naughty group said, “Teacher, I don’t care. I want Raoul. I won’t choose Erik. He’s ugly.” And almost all students still want to choose Raoul.
“Ok. That’s alright. But I really think that compared to Erik, not many can relate to Raoul because only few people have what he has (beauty, wealth, and name). How many people in the world wish that he or she was pretty or rich but they can only dream for it which is the same case for Erik.”
The girls just nodded. And the same girl still insisted to have Raoul as her boyfriend. But I don’t mind. At least these girls are willing to respond and I think I’ve started to like teaching literature to these girls now.
Monday, June 30, 2008
Doktrin mengikut tanpa berfikir
Saya juga turut belajar tentang mereka yang lain dari saya. Belajar macam ini ada dua kemungkinan, samaada saya akan menjadi seperti mereka atau ia akan menambahkan lagi keyakinan terhadap prinsip dan apa yang saya pegang selama ini. Kerana sebelum ini, saya diajar untuk tidak menilai sesuatu sehingga saya memahaminya.
Jadi, saya rasa ingin mengajak rakan-rakan yang belum pernah cuba untuk belajar sesuatu yang mereka dengar, lihat dsbnya, tetapi tidak pernah tahu untuk mempelajarinya. Kerana saya juga pernah dan sedang. Tidak rugi belajar kerana kita perlu senantiasa menyelidik dan mempersoalkan.
Friday, June 27, 2008
A Confession of a Stressful Teacher-Trainee
The pain can be healed (I'm the type of person who won't keep pain for long), but it is stressful to think that you haven't fulfilled your responsibility as a teacher. You don't want to only sit in front of the students without having them understand your lesson. It's not learning!
It is also sad that you cannot be someone inspiring to the students.
It's even harder when the students are better than you.
It is the time you will start asking? Am I choosing the wrong career? I don't mind the pain or the workload, they are worth it if I am able to teach my students the way they deserve. But I hate the pressure, the stress, the workload when everything is fruitless, when I couldn't achieve anything in the end.
But it's only first week. I hope I will progress. Hope I can change from a stressful teacher trainee to a successful teacher trainee by the end of this prac. Amin
Thursday, June 19, 2008
How to avoid/ curb arrogance
1. When you meet the elderly, respect them because they have worshipped Allah long time ago.
2. When you meet small children, be humble to them because they are still pure, innocent and free from any sins.
3. When you meet ulama', respect them for their knowledge. They know a lot more than you.
4. When you meet ignorant people (jahil), be aware that they commit the sins because they do not know, and you are worse than them if you commit the sins but you know they are wrong.
5. When you meet non-muslims people, respect them and have in mind that maybe one day they will embrace Islam.
Islam is beautiful becuase muslims are obliged to respect others and to avoid prejudice. Indeed we have no right to judge others and to tell that he/she is going to hell because it's the end that decides everything.
Saturday, May 24, 2008
It is just what I think based on what I've read
A book by Allegra Straton, Muhajababes, reveals lots of issues regarding the youth of the Middle East which is also relevant to the Malaysian context (e.g. Muslim Brotherhood, Prince Alwaleed etc.)One thing I've discovered is the importance of the media and the impact that it has on youth. The Amr Khaled phenomena in Egypt and the rest of the middle east is one good example. Through his TV show, The Life Makers, the young people of the middle east feel the urge to make changes and transforms their life in accordance with the religion. Why Amr Khaled is so greatly accepted by this group of people (below 25 yrs) which makes up 2/3 of the middle east population? According to Stratton based on her interviews with few Arabic teenagers, it is simply because he doesn't have the image of the typical preacher (long beard etc.) but looking modern instead (he's an ex-accountant) and he usually put things in a nice way and avoiding to sound harsh which is appealing to teens. E.g. If young people ask him about love before marriage he won't say that it will lead him/her to hell, but instead suggesting he/she should get married. In educating these young people, he did it in stages from the adolescents' personal improvement (spritually, physically) to how they can contribute to their country, the Ummah even through simple thing like opening a photostating bussiness. This example makes me think that media is not harmful but it is a tool for dakwah. What we really need now perhaps, an Amr Khaled, Malaysian version. One who is open-minded (to those teens) and not rigid and understand these young people.
And of course, Muhajababes is another issues that arouse out of this Amr Khaled phenomenon. Btw, go and read the book to find out more especially teachers-to-be and other daie and anyone out there.
p/s: Muhajababes is originated from the word Muhajabah (one who veils). Muhajababes is a veiled but sexily dressed women.
***
I haven't finished reading this book, Clash of Civilization and the remaking of word order, actually but being a linguistic student, I'm so excited to share with people something I've read in one of the chapters of the book, the fact that language by no means will not make someone to reject his/her own culture/value. It actually hurts to see people frown or make curious faces when you tell them that you are a TESL student. In The Malay Dilemma, Dr M said Malays often have a bad perspective when it comes to learning something Western like English. However, according to Huntington, English is only the lingua france for intercivilizational purposes not make ones to change who he or she is. E.g. People in the middle east may eat MacDonald, wear jeans or rap in English but most of the time they rap about jihad and some of them may be the ones who bomb buildings in their war against the enemy. Thus, the numbers of people speaking English is declining but that doesn't mean we should stop learning it for most information and knowledge is in that language. During the peak time of Islamic Civilization, most information are in Arabic and the Western scholars who at that time started to have appreciation towards knowledge (renaissance), translated those to their own knowledge . And we should do the same or at least understand it so that we can translate the information straight away on our own.
I will, iA, make a review on it further once I've finished reading it. It is actually something you can relate with ISK. It is about Huntington's view on the the future political affair of the world. According to him, the clash is no more among nation-states, but civilizations (Islam, The West, China, etc.).
Thursday, May 22, 2008
feeling guilty?
remember this rule,
Replace the bad deeds with good deeds.
-petikan dari salah satu tazkirah
Monday, May 19, 2008
Random
and she made my day.
Kuasa kata-kata.
Kadang-kadang ia boleh jadi sebaliknya.
Tak perlu tulis di sini. Simpan sahaja dalam hati biar Allah sahaja tahu.
A friend of mine like this qoutation by Mahatma Gandhi, (while we're discussing about the pro n cons of having a clique)
"He who would be friends with God must remain alone OR make the whole world his friend."
I chose the second. Even though I am not sure whether I really practise that. But that really indicates we shouldn't be with the same group of people all the time apatah lagi with those of the same kind.
So you think you know me?
Happy teacher's day!
Wednesday, April 30, 2008
Cinta adalah ini
Sebahagian manusia sedih apabila tercampak ke lembah gelap. Seakan-akan mereka akan terus terperangkap di situ selama-lamanya. Maka seringkali ayat-ayat cliche kedengaran "Biarlah. Aku memang jahat." Sudah tahu jahat, kenapa tidak usaha untuk berubah? Kenapa ingin berada dalam kondisi serupa? Bukankah selagi kita bernafas peluang masih terbuka? Walhal Sang Pencipta Cinta boleh menghentikan nafas bila masa saja yang disukai-Nya.
'Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Manusia melihat betapa kasih-sayang Pencipta melebihi segala-galanya. Keampunan diraih dengan taubat, bukan dengan nyawa dan harta-benda. Adilkah untuk manusia itu mengatakan Tuhan tidak adil? Sedangkan manusia sendiri tidak adil terhadapnya. Allah hanya memohon taubat dari hamba-Nya untuk dosa-dosa Sebanyak bumi.
Manusia-manusia yang mencari kadangkala sedih. Makin cuba dibuang halangan-halangan yang menjauhkan dari Cinta utama, makin banyak pula yang datang. Seakan-akan Cinta takkan pernah dikecapi.
Pemilik hati-hati manusia-manusia ini, buangkanlah apa-apa yang menghalang kami dari menuju ke jalan-Mu. Aminn.
Thursday, April 24, 2008
Human Needs
1. Physiological needs - food, breathing, water etc.
2. Security - security of body, of employment, of resources, of property, of family, of morality etc.
3. Love/belonging - friendship, family etc.
4. Esteem - self-confidence, respect of others, achievement etc.
5. Self-actualization - acceptance of fact, problem solving, lack of prejudice, creativity, spontaneinity etc.
The first four falls under deficiency needs and the 5th one, growth need.
and..
Sabda Rasulullah s.a.w: “Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, 'tempat tinggal yang selesa' dan 'kenderaan yang baik'. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.
The reason for me to put up the Maslow's theory and the saying of the Prophet Muhammad (pbuh) here is just because I think they are related especially the first 3 layers of the hierarchy and the hadith.
Lately, I've been thinking why me and some friends are not feeling happy. I mean not that we're unhappy all the time but we could be sometimes. (ah it's confusing) I guess I have found the answer. Some of the needs are not fulfilled (don't get me wrong, I am not referring to the first one in the hadith ).
i know all of us have the capability to fix the situation, either by being thankful or hoping for the situation to improve..thus having our needs ours!
I guess it's important to have the needs so that we can work effectively, not only as students, but also as workers/His slaves (after all, He is the One who provides all, right?)
Friday, April 18, 2008
Not a mid-life crisis
I read a book by a Brazilian author which in one of the chapters describes the feeling of a character who feels unhappy with what she's doing. She leads a wonderful life, a wife to a husband that she really loves but suddenly she decides that the happiness lies in the sufferings, thus, chose to be a war correspondent meaning that she has to face danger everyday in war zones. She feels happy in an unhappy condition and finds no satisfaction in living the conventional life.
Well, what am I trying to say? It's not that I'm like the character but I guess finding what you really like doing is important. Sometimes people are too stucked with the same pattern in living that we don't even spare some time to think whether we're happy or not with the way we lead our life. Sometimes happiness lies behind the unhappiness.
As for myself, the most important thing is to enjoy doing something that is right. I know what I like to do but I'm not satisfied. I've got to find the suitable method doing what I like. And I'll never stop finding as that's one of the things that I love doing.
Wednesday, April 09, 2008
I feel like I haven't done anything
- Anonymous
Friday, April 04, 2008
Bila Tuhan Cemburu
Menurut pendapat yang lain, bahawa Allah Maha Pencemburu dan termasuk kecemburuan-Nya ialah Dia tidak menjadikan dalam hati hamba yang dicintai-Nya suatu jalan pun, kecuali hanya jalan yang menuju cinta kepada-Nya.
Contoh:
Ketika Nabi Adam a.s terdetik dalam hatinya keinginan untuk hidup kekal di dalam syurga, maka Allah mengeluarkannya dari syurga. Nabi Ibrahim as kesayangan Allah,ketika sangat sayang kepada Ismail, Allah memerintahkan kepadanya untuk menyembelih anaknya itu agar kecintaannya yang sangat kepada anaknya dikeluarkan dari dalam hatinya. Dan ketika keduanya pasrah kepada perintah Allah dan siap untuk menyembelih dan disembelih, kecintaan Ibrahim kepada Tuhannya menjadi bersih dan tulus seperti semula, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat menebusnya dengan kambing syurga. Dalam kisah Maryam beliau kehairanan bagaimana sebelum dia mengandung bayi dalam kandungan, dia dapat segera makanan kurniaan Allah sedangkan di saat dia berbadan dua, dia perlu berusaha sedikit untuk mendapatkan makanan yakni dengan menggoyangkan pohon kurma supaya jatuh buahnya berbanding dulu ketika makan muncul di depan mata tanpa usaha. Lalu Allah berfirman bahwa di dalam hati Maryam sekarang wujud kecintaan yang sangat kepada bayi yang dikandungnyai iatu Isa Al-Maseh sedangkan ketika dahulu hanya Allah keutamaan hati-Nya. Ini menjadi faktor keadaan ini.
Sudah termasuk ketentuan Allah terhadap kekasih-kekasih-Nya bila mereka cenderung pada selain Allah, memperhatikan sesuatu atau hati mereka menyukai sesuatu, niscaya hal tersebut akan mengeruhkan kecintaan mereka kepada Allah. Maka Allah cemburu kepada hati mereka dan mengembalikannya agar kosong dari hal-hal tersebut dan menjadi tulus, seperti kembali hanya untuk dirinya.”
- Dipetik dan diadaptasi dari karangan Ibnu Qayyim Al-Juziyah, “Taman Orang-orang Jatuh Cinta dan Rekreasi Orang-orang Dimabuk Rindu”.
Petikan tersebut adalah sesuatu yang layak untuk kita semua fikirkan. Berapa banyak kehilangan sesuatu yang sangat kita sayangi menyebabkan kita berjaya kembali semula kepada Allah. Barangkali manusia, jika tidak ingin kehilangan barang yang dicintai, maka yang harus mereka hindari adalah terjebak daripada memiliki perasaan sayang yang melampau terhadap barang yang dicintai itu. Aku melihat banyak kali bagaimana Tuhan menarik nyawa orang-orang yang sangat disayangi sahabat-sahabatku seperti ayah, rakan dan lain-lain, bagaimana seorang ahli politik kehilangan jawatan yang dipegangnya yang semestinya sangat disayanginya. Ini adalah petanda jelas betapa Tuhan mencintai dan cemburu kepada mereka hamba yang kehilangan ini.
Ada orang yang tidak pernah merasa derita dalam hidupnya. Harus difikirkan kembali kerana tanda kecintaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya adalah betapa banyak penderitaan yang dilalui. Ada suatu kisah di zaman Rasulullah SAW seorang lelaki dilawati oleh baginda kerana suatu majlis. Ketika itu terjatuh sebiji telur ayam dan ajaibnya langsung tidak pecah telur tersebut. Maka lelaki itu mengatakan tidak pernah mengalami sebarang peristiwa yang merugikan dan menyedihkan dalam hidup-Nya. Rasulullah ternyata tidak gembira dengan kenyataan tersebut justeru mengatakan kepada seorang sahabat yang lebih kurang begini (bukan ayat yang tepat tetapi makna lebih kurang IA), “Allah, cara menunjukkan kecintaan adalah dengan mengurniakan kesusahan kepada hamba-hambaNya. Orang yang tidak pernah menderita tidah termasuk dalam golongan hamba yang dicintai-Nya.”
Konklusi: Bersyukur dengan penderitaan. Penderitaan, kehilangan = tanda Allah cinta
Sunday, March 23, 2008
Sesekali teringat masa lalu yang indah. Mahu tak mahu terpaksa mengaku sememangnya cabaran lebih hebat yang menguji iman adalah di tanahair sendiri. Hari-hari dilalui kadang-kadang berlalu begitu saja tanpa pelajaran. Mungkin kurang mereflek kut.Rimas? Sedikit. Mungkin sangat tapi inilah ujian. Ternyata jangkaan saya terhadap situasi di tanahair jauh sedikit dari gambaran dan expectation saya. Sabar dengan situasi! Sabar dengan situasi! That's what I've been telling myself over and over again.
There's one thing that I always love doing. And I really hope I will be given the oppurtunity to do it for the rest of my life.
Below is a poem I'd like to share. Taken from jannah.org.
I'M TOO BUSY
Everyday as i wake up at dawn
My mind start working the moment i yawn
There were many things to do, o dear!
That's why i hastily did my Subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd...
Since school, i had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did i have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare..
When i grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefered to have fun
I chatted on the phone but i didn't read the Quran
I spent too much time surfing the Internet
Sad to say, my faith was falling flat...
The only time i have left is weekends
During which i prefer window shopping with friends
I couldn't spare time to go to the mosque
I'm too busy, that's the BIG EXCUSE...
I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn't sit longer to reflect quietly
I didn't have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs
No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I'm too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least
My life was already full of stress
So i didn't counsel a Muslim in distress
I didn't spend much time with my family
B'coz i thought, doing so is a waste of time..
No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan's fall..
I'm busy here and busy thereI've no time at all, that's all i care
I went for religious lessons, just once in a while
Coz i'm too busy making a pile...
I worked all day and i slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
so i only did basic deeds but that's not enough..
No time at all, to admire God's creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn't strive..
Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life's History
I feel so guilty b'coz i should have prayed more
Isn't that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..
Now at Judgement Day, I'm starting to fret
I've wasted my life but it's too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behaviour
But i've not done enough nor did proper prayer
My "good deed book" is given from my right
An angel opened my "book" and read out my plight.
Then the angel chided me....
"O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
saying "no time" is only an excuse.
Your "good deed book" should be filled up more with all the good work you stood up for..
Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But i did not have, THE TIME to list"
.......THE END.......
"dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yg bertakwa.(6:32) Tidakkah kamu mengerti?"
Are we created to live like this only? If it is so, then what's the purpose of having the afterlife?
Tuesday, March 11, 2008
- Paolo Coelho in The Alchemist
Some people write (in blogs) as if it's easy to rule a country. Change is good but let's see how much those elected will make it. I've learned that one of the characteristics of a Muslim individual is to have their own 'pendirian'.
Banyak kerana ingin mencapai sesuatu mengorbankan prinsip dan pendirian mereka. Ianya lebih baik dari yang jahil daripada yang tahu tapi tergamak melakukan apa sahaja demi kepentingan sesuatu dalam masa singkat sedangkan sesuatu itu lebih baik dicapai seperti air yang mengalir di celahan batu, lembut tapi penuh hasil walaupun mungkin masanya lama.
Everything is meant to be done Islamically. Ber hikmah.
Allah knows best.
Sunday, February 24, 2008
Which College Major Should You Be? | |
Your major should be Psychology. You enjoy understanding people, especially if it helps you get their numbers. You can save the books for grad school, right now it's all about field work. | |
Find Your Character @ BrainFall.com |
Saturday, February 23, 2008
Monday, February 18, 2008
Tuesday, January 29, 2008
Tidak sekali-kali. Dia rasa dia tidak sanggup hidup begitu. Saat ini dia merasakan perlu bersyukur atas kekacauan yang melanda jiwa. Atas rasa gundah yang dikecapinya, samaada bersebab ataupun tidak bersebab.
"Dengan masalah manusia itu akan mula mencari-mencari. Mula mendekati hikmah yang tersembunyi atas kegusaran yang terhasil dari ketidaktenangan jiwa. Dengan kegelisahan manusia mula berfikir, mencari diri, mengungkapkan pertanyaan demi pertanyaan atas punca kekacauan itu. " itu kata hatinya.
Dia sekadar membayangkan, adakah dirinya akan bersusah-payah menjadi pencari hikmah atas setiap sesuatu andai dia manusia yang bebas dari konflik? Tapi siapalah yang tidak terlepas dari konflik? Mungkin bentuknya berbeza-beza.
Dan adakah harus dia bersyukur atas rasa kacau itu? Kerana dari situ dia menjadi pencari hikmah...Sekurang-kurangnya dia memilih untuk menjadi pencari hikmah daripada menjadi katak yang selesa dengan tempurungnya.
Monday, January 28, 2008
Tuesday, January 22, 2008
Lagi gambar emosi
http://www.ikhwanweb.net/Article.asp?ID=15524&LevelID=1&SectionID=0
Monday, January 21, 2008
Tapi saya terlalui merindui Australia. Saya merindui suasana yang sangat kondusif untuk belajar dan berfikir serta mentafsir. Saya merindui bertemu dengan sisters2 dari serata dunia dan surau juga merindui keindahan tasik (walaupun tak indah pada semua mata). Arh memang banyak sangat yang saya rindu.
Hujung minggu lepas berpeluang ke PSM di Bt Cerakah untuk kali pertamanya dan bertemu dengan banyak mereka-mereka yang saya kenal di OZ. Saat bertemu dan menerangkan apa yang patut kepada adik yang bakal ke Macquarie saya rasa seperti mau saja ikut dia pulang.
Mungkin saya banyak merungut. Saya merungut kerana merasa kejatuhan semangat sejak pulang. Saya rasa saya perlu lebih bersemangat. Saya tak ingin ia luntur.
Saya ingin jadi salah seorang heroes. Hero yang tunduk dan mengabdikan diri hanya pada Tuhannya dan menolak yang lain dalam soal pengurusan hidup.
Nasib masyarakat wajar dikasihani. Saya nampak negara saya secara kasarnya telah develop materially. Tapi spirituallynya?
Kita semua tahu...
We need more 'islah'.. Saya sudah nampak cabarannya di sini.