Friday, October 12, 2007

Tentang Cinta

Sewaktu masa dulu, saya menganggap diri kurang mengerti erti cinta. Definisi cinta pada masa itu, seperti biasa (isi tempat kosong). Seperti cetek sekali pengertian cinta itu. Hanya pada satu sudut itu sahaja.
Tapi. Alhamdulillah. Pengalaman hidup di bumi Australia mengenali sangat banyak orang-orang yang mengerti hakikat cinta itu telah mematangkan fikiran dan menambahkan lagi kefahaman apa itu cinta. Kenikmatan cinta itu sendiri.
Kemanisan ukhuwah yang ditonjolkan mereka menjadi pemangkin dan asbab diri yang sekarang ini. Layanan mesra di kala saya seorang 'ghuraba' di dalam kelompok mereka menambahkan lagi lembut hati untuk menerima. Bagai seorang kanak-kanak kecil dilayani oleh kakak-kakak. Padahal ada antara mereka lebih muda dari saya.
Itu cerita tahun dulu. Apa kaitannya dengan cinta? Ukhuwwah ini.. kemanisan berukhuwah ini adalah cara saya bercinta sekarang. Bagaikan pasangan kekasih yang saling merindu saat berjauhan. Teruja saat berjumpaan. Perasaan anugerah Allah yang sukar digambarkan.
(teringat kakak pakar audible di ym :p)
Yang penting sekali cinta itu adalah sesuatu yang diredhai Allah. Bukan cinta kalau bukan mengikut syariat dan tidak mendatangkan redha Allah. Jadi syariat mewajibkan cinta sesama saudara Islam (note: bukan bermakna cinta sesama saudara bermakna kita berhak melayani lawan jenis sebagaimana cara kita melayan sama jenis. Itu haram).
Jadi, seboleh-bolehnya saya ingin menikmati cinta yang benar dan tulus dan dibenarkan Tuhan. Dan di peringkat kehidupan saya sekarang, saya merasainya melalui ukhuwah :)
Dan segala-galanya, seperti cinta, kembalikan kepada Allah. Kerana cinta Allah adalah cinta yang satu-satunya pasti berbalas. Sedangkan konsep cinta kepada yang lain adalah tentang memberi tanpa mengharapkan balasan ataupun menerima kembali.
Sempena malam Ramadhan yang terakhir ini, saya, insan yang terlalu banyak compang-camping ingin memohon maaf buat rakan-rakan dimana jua anda berada, di Macquarie, di bahagian-bahagian lain Australia, New Zealand, Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Saya sayang kakak-kakak, kawan-kawan, adik-adik! ;) fillah
Adakah layak ku sambut hari kemenangan ini pada pandangan Tuhan..Entahlah.

2 comments:

Anonymous said...

UK tadek ek? tanak berukhwah ngan org UK ke?

Far Azmi said...

maafin.. sy sgt ingin berukhuwah dgn org UK.. oh kenapa ms itu tidak ttulis kt situ..

hehe.. dun wori..i luvs u! :p

eid mubarak ainee!