Saturday, December 06, 2008

Ada apa dengan 5.5?

Di kedai kopi tempat berkumpulnya orang-orang intelek dari universiti dan institut-institut perguruan ulung, pemain-pemain hoki terbagus kebangsaan, penyokong-penyokong totok parti X dan juga pelajar-pelajar yang bercita-cita mengubah dunia menerusi profesion perguruan, kami berdua pelajar golongan 'average' (berdasarkan kelas ijazah yang kami dapat) berbincang-bincang, mereflek dan cuba ingin menyimpulkan dalam sesedikit penggunaan kata sifat yang boleh tentang apa yang dapat menerangkan 5 tahun setengah kami dalam kursus bidang perguruan yang mungkin kurang 'glamour' bagi pelajar-pelajar bidang kritikal dan professional lain. Sebenarnya, di luar negara sana tempat saya belajar, semua golongan umat pelajar Malaysia selain yang menuntut dalam bidang yang sama dengan saya ini ada persepsi yang kursus ini mudah. Maka, ada sesetengah yang berfikiran cetek berpendapat kami hanya belajar tentang 'grammar' semata-mata. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan dan kami sahaja yang tahu.

Tapi, kita tinggalkan soal itu dulu. Lain hari boleh cerita.

Kerana malam ini malam terakhir saya bergelar pelajar. Maknanya saya tidak dapat lagi berlagak bagai anak-anak remaja di hadapan. Jadi malam ini saya harus memecahkan kebuntuan tentang bagaimana ingin menerangkan atau menyimpulkan 5.5 tahun saya di lapangan ini sebagai pelajar perguruan. 5.5 tahun itu sangat lama. Lebih kurang 1/4 daripada usia saya sekarang. Subhanallah.

So, terlalu banyak untuk disimpulkan. Sempat juga saya katakan kepada rakan saya yang seorang ini sambil menikmati teh tarik yang dalam hidup ini kita akan bertemu beberapa orang manusia yang mampu mengubah kita. Sebetulnya di institusi ini saya ada menemui orang-orang semacam ini. Rakan saya berpendapat tempat ini telah mengubah hidup. Saya juga berpendapat sama tetapi saya lebih percaya perubahan dalam diri saya selalunya diorientasikan oleh manusia, bukan tempat. Tetapi tempat juga memainkan peranan besar, kerana tempat berlainan bermakna karakter manusia yang berbeza akan ditemui.

Jadi, saya ingin berterima kasih kepada orang-orang ini kerana menjadi medium perubahan diri saya. Sebetulnya saya teruja ingin menemui lagi orang-orang seperti ini sewaktu saya melangkah ke fasa pekerjaan nanti. Tapi ini bukannya selalu berlaku kerana hanya segelintir yang mampu memberi impak besar dalam kehidupan kita. Tapi Tuhan adalah pengatur yang sistematik. Semua ini akan berlaku apabila ruang dan masa yang paling sesuai bertemu.

Apa lagi yang boleh dikatakan tentang 5.5 tahun ini? Banyak. Dan saya takut kalau ditulis lagi akan melalut ke persoalan lain. Rakan saya ini berpendapat semua ini terlalu kompleks untuk disimpulkan. Kerana ia turut melibatkan apa perasaan anda di pengakhiran semua ini. Sedih atau gembira? Kalau gembira, saya gembira juga untuk anda. Kalau sedih, bersyukurlah kerana ia memberi lebih ruang untuk mendalami perkara ini dengan lebih mendalam yang akan membawa pengajaran-pengajaran baru.

Kata Einstein masa itu relatif. Ibaratnya berada di atas gerabak keretapi tak berbumbung disinari cahaya matahari. Semua orang di atas gerabak menerima cahaya yang sama. Tetapi sejauh mana tempoh kepanjangan masa sepanjang di atas gerabak itu mungkin relatif bagi setiap orang. Sama dengan pengalaman yang diibaratkan seperti cahaya tadi. Semua orang merasai pengalaman yang sama. Tetapi apa yang kita perolehi dan belajar dari pengalaman tersebut berbeza. Kes yang sama dengan 5.5 tahun ini =) Apa yang kita dapat? Haruskah bilangan manfaat yang diambil dari 5.5 ini diukur dengan gred ijazah? Jawapannya berbeza bagi setiap individu =D (Saya belajar dengan salah seorang insan yang mengubah hidup saya yang manusia ini ada empat jenis, sama juga dengan alam ini yang ada 4 sisi)

Biar apapun, kami cuma berharap dapat mengubah dunia menerusi profesion pendidik ini. Dan apa-apa yang berlaku sepanjang 5.5 tahun ini adalah batu loncatan ke arah cita-cita besar tersebut (Saya seorang idealis).

Kawan-kawan! Maafkan saya atas segala-galanya.
Selamat mengubah dunia!
Wslm

Tuesday, December 02, 2008

Laskar Pelangi ke Movie

Masih ingat Laskar Pelangi? Saya pernah mengulas tentang novel tersebut. Boleh scroll di bawah kalau ingin baca. Sekarang novel tersebut telah diangkat ke filem lebih kurang 2 bulan lebih yang lepas. Khabarnya mendapat sambutan yang hangat di Indonesia malah turut ditonton oleh Presiden Indonesia sendiri. Ramai yang berpendapat ia lebih baik dari Ayat-ayat Cinta. Jadi oleh kerana akhir-akhir ini ada penyakit 'Writer's block' maka saya tetap berkeras dan menggatal ingin menambah entri baru di blog dengan menempel soundtrack filem tersebut oleh band tersohor Indo kala ini, Nidji . Dan tentu sekali trailer filem tersebut sekali. Lirik soundtrack sangat memberi inspirasi. Insya-Allah semoga filem ini akan menyusul di Malaysia tidak lama lagi. Cerita ini adalah untuk 'mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.'

OST


Trailer