Wednesday, September 05, 2007

Kawan Lama
Di suatu hari di pengakhiran musim sejuk yang semakin kurang dingin, terjadi perbualan virtual ala-ala begini,

Dia: Farah!!! Salam
Aku: Salam.
Dia: Apa khabar? Dah lama ye tak ym.
Aku: Haah. Baik.Alhamdulillah. You? Apa kabar jasmani dan rohani?
Dia: Jasmani sihat alhamdulillah. Rohani tak berapa sihat.

Kemudian, itu terjustify dengan sekeping gambarnya yang ku lihat di profilenya. Sedang menikmati sesuatu yang ‘keburukannya lebih banyak dari kebaikan’. Saat itu hati mengucap panjang dan sedih akan dirinya yang begitu. Lagi pula, kemungkaran sama sekali tidak boleh diredhai. Aku benci apabila aku terpaksa men'kerangbusuk'kan muka sendiri terhadap perkara-perkara yang salah kerana takut hati manusia itu terguris. Dalam erti kata lain, malu menegakkan kebenaran. Oh, kadang-kadang itu sering terjadi. Padahal konsepnya adalah biarlah seisi dunia membenci kita, asalkan Allah sama sekali tidak membenci kita.

Kawan ku tadi itu. Bukan aku prejudis terhadap dia. Ini bukan soal prejudis. Ataupun merasakan aku ini lebih baik. Ini bukan tentang perasan baik. Ini soal yang benar tetap benar. Yang salah, harus tidak patut ada toleransi terhadapnya. Cuma di sudut hatiku hanya berharap Tuhan beri dia petunjuk. Kerana doa itu sahaja yang aku mampu. Dalam hati, aku sentiasa berharap Tuhan akan menemukan dia dengan seorang penjual minyak wangi kerana dia tidak layak diciptakan untuk terus hidup dalam kebusukan lumpur-lumpur itu.

Saat banyak rakan-rakan di alam sekitarku bertransformasi ke arah kebaikan, kadang-kadang aku terlupa yang ada juga saudara-saudaraku berjalan ke arah yang bertentangan.

Kisah di atas salah satu kisah daripada beberapa kisah mereka yang aku kenali memilih arah berlawanan itu.

"Let’s go another round, I will follow you down and out".

1 comment:

Anonymous said...

mungkin kna buat gaya2 Baba Ali.remind me in case I forgot.