Monday, August 04, 2008

Islam untuk bangsa, atau bangsa untuk Islam?

Perjuangan berbentuk kebangsaan adalah suatu tujuan yang murni. Namun hasrat memartabatkan bangsa mungkin menjadi hanya suatu tujuan apabila kepentingan mempertahankan maruah bangsa mengatasi keinginaan memartabatkan Islam Perjuangan berbentuk kebangsaan sama sekali tidak salah malangnya sesetengah cuba memadamkan fakta yang perjuangan Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Kilau hanyalah bersandarkan semangat nasionalisme sedangkan matlamat utama adalah Islam. Hasilnya, hari ini banyak program yang cuba menanamkan semangat cintakan bangsa tetapi mungkin kurang semangat ‘izzah’ dengan Islam. Kenapa perlu perjuangan Islam diletakkan di atas melebihi perjuangan berbentuk kebangsaan? Kerana perjuangan kebangsaan akan menyebabkan asabiyyah atau pecah belah dan menerapkan rasa ‘kita lebih bagus’. Sedangkan dalam Islam kepelbagaian bangsa ini bertujuan sebagai ‘point of reference’. Kepelbagaian akan menggalakkan kerjasama, dan membolehkan semua kumpulan saling memberi cadangan atau idea sesame sendiri bagaimana untuk membaikkan atau meningkatkan itu dan ini (ini juga mungkin menjadi hikmah kepada kepelbagaian ‘jamaah Islamiyyah’.) Apabila Islam tujuan utama, bangsa itu sendiri menyedari pentingnya kesatuan mereka sesama sendiri dan juga kesatuan dengan bangsa lain sebagai suatu ummah. Jadi dalam hal ini Islam adalah untuk bangsa dan bangsa itu sendiri harus berusaha menyumbang kepada islam itu sendiri menurut kemampuan dan potensi yang ada pada mereka.

No comments: