Monday, September 11, 2006

MANUSIA HEBAT

Saya sangat tertarik dengan artikel di bawah ini yang dipetik dari lamann web http://www.dakwah.info/v2/?p=102. Ia menjadi pembakar semangat untuk menjadi salah seorang manusia hebat. Manusia yang hebat adalah manusia yang juga menjadikan orang lain hebat. Manusia yang hebat menyedari akan hakikat sebenar dia diciptakan di dunia ini. Manusia hebat tidak akan mudah mengalah kerana perkara-perkara remeh atau bother akan perkara-perkara remeh seperti kisah siti berkahwin dan sebagainya atau kisah cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata tanpa berniat kerana Allah. Manusia hebat akan melakukan segala-galanya kerana Allah. Menuntut ilmu kerana Allah, mengembara kerana Allah, bercinta dan berkasih-sayang kerana Allah, makan minum kerana Allah, tidur kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Manusia hebat adalah manusia yang bertaqwa kepada Allah. Yang tidak mudah berputus-asa dalam perjuangan. Yang sentiasa sabar.Ya Allah, bantulah saya yang belum hebat ini menjadi manusia hebat. Insya-Allah. -FARAH


The Great Man.

Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah factor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan.

Ikhwah akhawat yang ana kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah bersabda(tafsir Ibn Kathir):
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَتَعَظُّمَهَا بِآبَائِهَا، فَالنَّاسُ رَجُلَانِ:
رَجُلٌ بَرٌّ تَقِيٌّ كَرِيمٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى، وَرَجُلٌ فَاجِرٌ شَقِيٌّ هَيِّنٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah membuang dari kamu slogan-slogan jahiliah dan tradisi mengagungkan keturunan. Manusia itu terdiri dari dua jenis lelaki: Lelaki yg baik(solih), takut dan memuliakan Allah Taala dan juga lelaki yg fajir, teruk dan sedikit kepada Allah Taala. Dan seterusnya nabi membacakan ayat diatas….

Sesungguhnya yang dipandang oleh Allah adalah amalan anak Adam. Jika baik maka baik pandangan Allah padanya jika tidak maka sebaliknya akan berlaku.
Maka oleh itu ikhwah akhawat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bg kita ialah bukan kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling kita. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik.

Berhubung dengan dakwah fardhiah, ikhwah akhawat sekalian janganlah memandang enteng perkara ini. Seperti yang telah ana sebut, ia adalah satu teras dalam dakwah kita. Ia adalah powerful tool, dimana kita sendiri adalah merupakan kesan daripada dakwah fardhiah itu.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba ikhwah akhawat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar..Allah Maha Besar..Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang-orang lain hebat. Kisah manusia hebat terbukti dia hanya hebat seorang semata-mata, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!
Ikhwah akhawat sekalian..jadilah insan yang hebat!!

No comments: