Saturday, June 09, 2007

kaget
"Hurm...Hidup hanya kerana Allah. Sia-sia. idup tiada makna". Kata-kata itu terungkap oleh seseorang saat menonton perjuangan Osama Laden, Syed Qutb dan yang lain-lain. Hati tergamam. Pilu. Mungkin salah media menonjolkan dan menyebarkan fahaman Islam=terrorism. Mungkinkah patut disalahkan golongan t*****h di Malaysia yang sering dikenali oleh masyarakat kita sebagai golongan yang selalu mengabaikan keluarga kerana ingin keluar berdakwah?

Memperjuangkan Islam itu adalah wajib. Peperangan di Palestin adalah peperangan kita. Palestin itu tanahair kita. Sedangkan US yang jauh berbatu-batu dari negara tidak sah Israel itu rela menghulurkan bilion dollar. Apatah lagi kita yang bersaudara dengan mereka. Kenapa memandang mereka yang berkorban untuk agama, hidupnya sia-sia? Siapa lagi yang ingin buat kalau bukan mereka. Kita semua berselesa-selesa di sini. Mereka di sana menderita. Hilang ibu bapa, anak-anak. Sedangkan berpisah dengan keluarga yang insya-Allah kita akan bertemu mereka kembali pun sangat berat untuk ditanggung perasaan itu, apatah lagi anak-anak kecil yang meratap atas kehilangan ibubapa mereka. Letakkan diri kita di dalam kasut mereka.

Janganlah melihat dan menonton fiksyen, lalu menjadikan itu sebagai cara untuk kita menjalani kehidupan. Kadang-kadang fiksyen lebih berbentuk escapism daripada realiti sebenar. Jika kita melihat realiti melalui sirah Rasulullah ataupun keadaan semasa di Palestin, kita akan dapat menyaksikan kehidupan di dunia tidaklah mudah untuk orang-orang yang dijanjikan syurga oleh Allah. Apabila membandingkan keadaan dengan diri, sangat jauh rasanya syurga itu untuk digapai. Kerana kurangnya pengorbanan yang dilakukan buat agama ini.

Seseorang juga mengatakan.

"Akademi Fantasia itu bagus. Menonjolkan betapa susahnya untuk berjaya".

Saya enggan mengulas lanjut. Mereka makan garam dulu. Apa yang pasti mereka hanyalah mangsa keadaan. Mangsa pengaruh ideologi hedonism yang melampau. Menyalahkan sebelum menyatakan kebenaran bukanlah langkah yang tepat.

Cuma ini satu petanda banyaknya tanggungjawab saat melangkah ke tanahair tahun depan.

Keselesaan itu hanya dapat dikecapi setelah melangkahnya kita ke syurga nanti. Itulah fantasi idaman kita yang bakal menjadi realiti dengan kesungguhan kita. Hidup di dunia tidaklah lama. Paling lama pun 100 tahun. Sangat singkat dibandingkan akhirat yang infiniti.
"Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah yang termaktub dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar." [9:111]

Mari berusaha para pendidik dan para penyampai sekalian!
p/s: Untung kita jadi bakal pendidik. Punya banyak peluang untuk meyampaikan kebenaran dan menerangkan apa yang paling penting daripada yang penting.

Peringatan buat diri sendiri. Semoga dapat juga menjadi peringatan juga buat yang lain.

Watch and listen to this attentively. A clip that surely will bring you to tears.

3 comments:

Anonymous said...

Ni cuma side note je Farah.
Bukan ulasan for the whole entri.
Tentang t******,
Kadang2 masyarakat yang mahu mencari salah dan lebih suka melihat the bad sides.
Personally, I know some of the bad stories as well.
But I grew up given and told more of the positive examples and remarks of that group.
Ada yg profesional, ada yang internationally acknowledged.
Setiap orang ada kerja dan tanggungjwab masing2.
Lebih baiklah ada kesedaran macam t****** dari yang mengagungkan h*******

Far Azmi said...

thx majidah for the explanation..
Mungkin family upbringing dan persepsi msykt sekitar menyebabkn i grew up to hv that negative perception towwards gol t****gh.

itu dulu..

tapi bak kata orang kerana nila setitik rusak susu sebelanga.. kerana 2,3 orang yang neglect responsibility.habis sume org pandang gol t****** sbg u know, mcm apa yg society pdg skrg.

the fact that byk gol t****** itu terdiri drp golongan professional byk org tak sedar.
well,that's the indicator kerja kita byk ;)

Miss Aini said...

farah: negara haram israel. bukan sahaja tidak sah.

setuju dgn majid. gol t*****h terdiri dari gol proffessional, namun masih dipandang serong juga. kerana dakwah media lebih hebat. oh, media juga berjaya menyampaikan dakwah hedonism. berkesan di hati.

wallpaper best dan ada kaitan dgn entry farah: http://www.mykonsis.org/gallery/albums/Gambar/Wallpaper/spat.jpg
"barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat islam, maka ia bukan dari golongan mereka".