Friday, January 26, 2007

aku dan sesuatu
Cesss poyo je title. :D
Bila hati terattach dengan sesuatu, susah nak penuhkannya dengan sesuatu yang Dia suka. Struggle2 byk kali pun masih juga tak berjaya. Tapi kalau senang nak melepasi sesuatu tak adventure juga. Heh. Tapi itulah kalau tak berjaya di pusingan ini, cuba lagi pada pusingan-pusingan seterusnya. Berlepas diri dari sesuatu memang sukar macam nak keluar dari pasir jerlus. Kadang-kadang termasuk balik. Kadang-kadang penat sampai give-up. Tapi tak boleh give-up, sebab it's a matter of life.The eternal life of course. Allah berfirman, "Do you think that you should enter paradise unless God has establishes who among you have struggled hard and who r patient? (3:142). Seorang sahabat pernah kata fikirkan tentang perkara-perkara besar maka diri takkan mudah mengutamakan perkara-perkara kecil atau apa-apa yang related tentang kepentingan diri. Fikir kepentingan umat lebih dari kepentingah diri tentunya.Tapi hati tetap berdegil. Perkara-perkara remeh juga jadi keutamaan. Geram rasa sungguh susah untuk berlepas diri dari attachment yang satu ini. Tapi tak boleh apa-apa pun mesti cuba sehabis mungkin. "Do the men think that they will be left to say 'We believe' and they will not be tried. (29:2)". Satu bentuk ujian. Semua orang diuji oleh Allah. Dalam pelbagai bentuk samada kesenangan atau kesusahan. Seorang alim pernah berkata, lebih kurang begini, "kosongkan hatimu dari kecintaan terhadap dunia, maka Allah akan memenuhkan hatimu dengan makrifat dan rahsia-rahsia tentang-Nya". Jadi perbebaskan diri dari sebarang bentuk attachment terhadap worldly adornments. Insya-Allah mudah-mudahan Allah mengurniakan kita rahsia-rahsia dan pengetahuan tentang-Nya. Ya Allah, hanya pada-Mu aku berharap. Bantulah aku dalam urusan agama-Mu... Bantulah aku hanya Engkau sahaja tempat pergantunganku. Engkau datang berlari kepada saat aku mungkin dalam posisi berjalan kepadamu. Sesuai dengan firman-Mu dalam hadith Qudsi, "I am as My servant thinks I am, and I am with him whenever he remembers Me". Maha Suci Allah, tiada Tuhan selain Dia.

1 comment:

Miss Aini said...

title poyo?? tak la... best pe...hmm, teruskan usaha....