Monday, January 29, 2007

Mencari Seorang Pembuka Kota
Kedua-dua mereka; seorang hujung belasan dan seorang lagi lewat 20-an memandang tepat kepada saya. Pada sinar-sinar lampu neon berkelip itu, wajah mereka terukir dengan ira-ira kehairanan.
“Ya! Ya! Sang Penakluk … yang muda,yang belia seperti kalian!” Sayamengulang kata. Serius! Air wajah saya mengapung makna-makna kesungguhan.
“Ya. Ya. Saya mencari Al-Fatih!”Bersungguh. Keazaman bertebaran pada seluruh bicara saya di tengah-tengah manusia berisik menanti detik tahun baru. Dengung manusia dengan nyanyiandan lagu-lagu itu setali mencucuk gegendang indera dengar.Kedua-dua mereka; seorang yang sedikittua bertubuh sasa, sedang yang muda belia itu bertubuh sedikit ayu, layak-layak seperti seorang gadis comel itu,saling berpandangan antara mereka.
“Orang gila nih, pergi kau!” Jerkah yang sedikit tua dengan baju ketat menampakkan otot muda yang berurat hijau. Yang sedikit muda itu memaut manja batang tengkuk temannya yangseorang lagi, langsung dikucupnyadengan penuh selera dan nafsu serakah.Seperti sepasang suami isteri sahajalayaknya. Tanpa segan. Tanpa silu.Tanpa selindung-selindung lagi!Sejenak itu, mata saya jadi terbeliak.Bulat. Hampir mahu terbersil darirongga mata. Pelik menjarahi segenapindera fikir, “Ini hanya kelakuan pada zaman-zaman kenabian Luth sahaja…” Saya tergaru-garu pada urat-urat yang tidakgatal. Kelibat budak berdua itu sungguh-sungguh mengaibkan.
“Saya mencari pembuka! Saya mencari penakluk! Saya mencari Al-Fatih!”
Saya terus menjerit, meluntang-lantung meredah lautan manusia yang duduktercatuk-catuk di sana sini. Sesekalimanusia yang melaut itu, menoleh-nolehpada saya. Memandang sinis.Membeliakkan anak mata. Menjuih hujungbibir. Saya tak kisah - saya mencari seorang pemuda pembuka kota!
“Tuan-tuan yang mulia ….” Saya betul-betul membelakangi Masjid As-Syakirin yang kian senyap itu. Betul-betul diatas tangga masjid di tengah-tengahlaman taman KLCC yang luas dan penuhdengan manusia yang pelbagai itu.KLCC, mercu tanda berkembar negara ini,umpama sepasang batu nisan yangberbicara - kesantunan sudah nazak,kemanusiaan menanti saat untuk ditalkinkan! KLCC, tubuh berkembar yang pernah mengungguli menara tertinggi dunia ini sedang bercahaya dengan hiasan-hiasan neon, sedang khalayaknya ramai-ramai berlumus dengan onar dan mukah.
Seorang lelaki separuh abad baru sahaja menutup pintu Masjid as-Syakirin disisi kiri KLCC. Saya mengelih sekalipadanya yang berjubah putih, “Mungkin bilal masjid, agaknya!”“Apakah kalian kenal akan Al-Fatih,anakandanya Sultan Murad?” Sayamenjerit sepenuh kudrat. Lagak sepertiseorang wakil raja yang menyampaikanperutusan diraja pada anjung istanapada marhaen nan ramai.Saya berjeda seketika. Suara khalayak kecil yang mendepani saya kedengaran berbisik-bisik, bersoseh-soseh, “Siapa Al-Fatih itu, pak cik?” Seorang anak kecil yang ditemani bondanya tiba-tiba menjerit di celahan manusia dewasa yangramai. Bondanya lantas mengatup mulutnya yang lincah bicara itu.Cubitan halus singgah di peha kanannya.Dia mengaduh.
Saya meneguk sisa-sisa air liur. Sayamencari tenaga tambahan untuk berteriak lagi, berteriak mencari Al-Fatih, “Ya. Al-Fatih itu pada usianya yang ke-19 tahun sudah memimpin bala tentera yangratusan ribu langsung menawan kota Constantiple dari sang penguasa Byzantines ….”“Apa orang gila nih sedang merepek?”Seorang khalayak yang terhuyung-hayang dan berbicara seperti orang mabuk menjerit dari tangga masjid yang palingbawah. Matanya merah berair. Ditangannya, air bertin hijau, masih berbuih putih.“Kami datang sini bukan nak dengar kau merepek, tapi kami datang nak berhibur. Santai-santai, ringan-ringan ….” Dia ketawa berdekah. Memaut pinggangseorang gadis comel berskirt sekerat paha dan berlalu ke tengah taman KLCCyang padat.
“Pak cik, kenapa mesti Al-Fatih? Untuk apa?” tukas anak kecil yang bersoaltadi sekali lagi. Ibunya mencebik bibir menahan geram yang kepalang. Saya tersenyum. Lelaki tua yangberjubah putih, beruban putih sikit-sikit, berjanggut putih santak ke dada yang baru keluar dari pintu masjid pun ikut tersenyum. Dia kelihatan mengangguk-angguk. Dari aura jernih wajahnya, dari susun atur langkahnya,saya dapat mengesan, dia seorang berilmu.
“Kalian … kita memerlukan anak muda seperti Al-Fatih itu. Pemimpin yang zuhud dan taat, langsung memimpin kalian menuju segala aspirasi, impian nusa….”Kemudiannya saya terdiam beberapa ketika. Indera lihat meleret pada sekumpulan anak muda di belakang khalayak kami yang berdirian di tangga-tangga masjid. Anak muda jantan betina berpakaian jaket kulit hitam itu denganmuka berceloreng hitam itu membuathingar. Seorang jantan dengan rambut berbalung ayam kelihatan sedangberdakapan dengan seorang anak betina dengan anting-anting bergayutan dikedua telinganya.“Apa kalian meyakini … anak muda seperti khalayak itu mampu melunaskan aspirasi-aspirasi perdana, wawasan 2020yang unggul itu contohnya? Jawapannya tidak! Kita perlukan seorang anak muda seperti Al-Fatih itu!” Saya terus berceritera tentang Al-Fatih yang sayacari-cari di tengah khalayak yang ghalib itu.
“Berambus kau!” Seketul tanah sebesaribu jari singgah ke pipi saya. Seorang gadis berambut perang, berdengus kasar dengan wajahnya bersut amat. Dadanya yang terdedah luas menampakkan payudaranya yang putih dan gebu itu kelihatan naik berombak-ombak,menampakkan kemarahannya yang membuak-buak.Tiba-tiba saya jadi sebak. Saya terbayangkan sesuatu. Saya teringat kan sesuatu yang lama berlalu, 1427 tahun yang terlalu lampau. Peristiwa kekasih-Nya yang berdakwah di bumi Taif dan dihujani anak-anak kecil dengan anakbatu. Lalu wajah kekasih Allah yangmulia itu berdarahan luka. Bersakit-sakitan. Saya jadi hiba, kala-kalaterbayangkan keperitan Nabi membawa risalah dakwah yang terpikul atas jemala bahunya. Saya mencapai hujung serban putih berjalur merah menguis-nguis jurai-jurai air mata yang merembes dari sudut mata.
“Tuan, maksud tuan … Sultan Muhammad Al-Fatih? Yang kelahirannya pada 29 Mac 1432 itu, tatkala ayahandanya SultanMurad sedang menekuni permulaan surahal-Fath; “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata?” Lelaki terakhir yang meninggalkan Masjid As-Syakirin, yang wajahnya bercahaya bagai purnama lima belas itu bersuara tiba-tiba.Saya tersentak, kehibaan mengenangkan susur-galur keperitan Nabi tadi terpancung tiba-tiba. Seraya warna-warna cerlang menyeluruhi wajah saya, “Ya … ya! Kita perlukan orang muda yang sejiwa Sultan Muhamad Al-Fatih yang memimpin tentera Turki itu….”
“Hoi! Hoi! Pesta tahun baru sudah hampir bermula! Bila-bila masa sahaja kita akan mulai mengira detikperalihan. Ayuh, persetankan orang tua yang gila nih….” Langsung khalayak ditangga-tangga masjid itu segera bubar.Yang jantan saling berkepit, yangbetina saling merengek. Dan pada celahan manusia yang ghalib mahu mengira jam berdenting dua belas itusegerombolan syaitan berbondong-bondongketawa berdekah-dekah, “Haha … janji kita untuk kesesatan anak cucu Adam ini akan terlunas jua pada malam bertuah bernama tahun baru ini … haha.”
Saya terduduk di tangga masjid yangkian sunyi. Melongo. Orang tua berjubah putih, beruban putih, berserban putih dan berjanggut putih santak ke dada ikut berlabuh di tangga masjid yangdijamah sepi. Anak kecil yang petah tadi tiba-tiba berlari-lari entah darimana seperti baru terlepas daripada perhatian ibunya yang garang itu,kemudian melantunkan punggung kecilnya di celah-celah kami. Kami bertiga,terdiam di kaki masjid besar yang kian disapa angin-angin malam yang sepi.“Bonda kamu?” tukas saya memecah kesunyian yang melingkari kami. Anak kecil itu menguis-nguis jemari kakinyapada tangga masjid. Dia kelihatan leka bersendirian begitu. Lelaki tua pula kelihatan senang membilang-bilang buah tasbih sambil anak matanya terlempar jauh ke khalayak ramai yang terpekik terlolong menanti detik beralih tahun.
“Entah! Tadi dia mabuk. Minum air syaitan yang berbusa putih itu” Anak itu terlalu jujur, sesenangnyamelondehkan kejahilan bondanya.Sesekali dia menjeling lelaki tua disebelah kanannya yang leka menggentilbiji tasbih.“Pak cik … siapa sebenarnya Al-Fatih itu?” Setelah lama membisu, akhirnya soalan itu terpacul daripada bicara anak kecil yang tidak diketahui namanyaitu. Anak kecil itu kelihatan cukup petah dan mudah mesra. Saya tidak terus menjawab, sebaliknya merenung ke dalam anak matanya yang jernih.“Kamu tahu, lama sebelum kelahiran Sultan Muhamad Al-Fatih, nabi saw pernah bersabda yang bunyinyabegini; “Sesungguhnya Constantinople itu akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”Constantinople, kota yang terkepung pada tiga laut - Selat Bosphorus, LautMarmara dan Perairan Tanjung Emas. Kata-kata Napoleon Bonaparte padaConstantinople - kalaulah dunia inisebuah negara, maka Constantinoplelah yang layak sebagai ibu negara.
“Merdeka! Merdeka!” Seorang pemuda berambut santak ke bahu, dengan baju bercorak bendera Union Jack mengusungJalur Gemilang berlarian melintasi lensa mata kami. Temannya seramai empat orang mengusung bendera Thailand membontotinya, menuju pada riuh-rendahmanusia pada tengah taman. Tiga pasang mata kami menjadi leka memerhatikan lagak manusia-manusia yang gharib sebegitu, menelurkan kebimbangan pada rupa bangsa esok hari.“Ya, lama sebelum kelahiran Al-Fatihpun, sudah ramai cuba menawan kotaConstantinople itu. Mu’awiyah ibni Sufyan misalnya, telah mencubanya pada tahun 34 Hijrah, anaknya Yazid,berselang 13 tahun. Kedua-dua beranak itu gagal. Kemudian, Sufyan Bin Aws pada 52 Hijrah. Kecewa juga. Dan lagi, oleh Salma pada 97 Hijrah, pun tak berjaya. Lagi, semasa pemerintahan Hisham Abdul Malik dan Harun ar-Rasyid,pada tahun-tahun 121 Hijrah dan 182Hijrah. Semua mereka cuba menawan kotahebat itu, demi bergelar ketua terbaik sebagaimana sabda Nabi itu. Malangnya,tak satu pun berjaya …” Saya leka berceritera, sambil-sambil terbayangkanMasjid Aya Sofea yang agung dipinggiran Bosphorus, berkilau-kilau biru menaranya yang gagah itu, sedang pada pemerintahan terkutuk MustafaKamal At-Tarturk, ia dijadikan muzium sejarah. Sebuah sejarah duka orang-orang Turki moden!
Lelaki tua berpakaian serba putihberselang duduknya dengan saya masih diam seribu bahasa, meladeni zikir-zikir yang bersambung. Tengahgelanggang manusia kerepotan menanti tahun baru. Kedengaran tempik sorakyang sumbang, umpama ceritera-ceritera lama; menang sorak, kampung tergadai!“Lalu hanya ketika Sultan Muhammad Al-Fatih baru Islam berjaya menawan kotaConstantinople? Begitukah pak cik?”tukas anak kecil yang mungkin usianya seawal belasan tahun itu, tidak sabar-sabar. Bola matanya nan jernih itumembayangkan kejernihan hati dan mindanya yang persih.
“Pagi 20 Jamadil Awal 857 Hijrah …ketumbukan Rom itu kepalang terkejutnya pabila mendapati 80 kapal besar kamisudah penuh pada perdaerahan mereka….”Lelaki tua tiba-tiba memecahkan diamnya, seraya kami memandangnyadengan hairan.“Siapa sangka, demi melewati TanjungEmas yang awal-awal lagi lautnya sudah disekat dengan bebola rantai besi …kami usung kapal-kapal yang 80 buah ituke daratan. Kemudian aku perintahkan ditebang pokok-pokok sebesar pemeluk ….”
“Tuan, siapakah tuannya yangsebenarnya?” pintas saya lewat kekeliruan yang kian membesar dalam benak minda. Frasa kami dan aku yang terlantun pada bicaranya, benar-benar meruntun semangat ingin tahu - siapakahlelaki aneh ini?Saya menjadi sedikit ragu-ragu. Anak kecil itu kelihatan makin asyik. Tengah gelanggang, manusia kian ghairah menanti sambutan Tahun Baru dengan pesta bunyi-bunyi dan warna-warni bunga api besar, “Tuan, siapa diri tuan sebenarnya?” Tangkai fikir sayatersambar dengan pertanyaan yang rencam.Dia sekadar tersenyum, menampakkan barisan gigi yang putih, “Ya, pokok-pokok yang sebegini besar …” dia menyeringai, menghadiahkan senyuman lagi. Dia langsung tidak mengendahkanpertanyaan saya.“Kami sorongkan satu-satu kapal yang 80 buah itu pada batang pemeluk besar yang sudah diminyakkan. Bukan mudah, iya …dari Pantai Besiktas ke Galata, hampir-hampir tiga batu!” Sungguh-sungguh dia berceritera. Sesekali dahinya berkerut seperti membayangkan sebuah peristiwa lama yang masih hijau dalam kotak mindanya.
“Kalian tahu?” Hampir-hampir serentak antara saya dan anak kecil itu mengelih dirinya yang tua.“Pagi Jumaat 20 Jamadil Awal itu,lembah Galata itu menjadi ripuh. Isi kotanya terpenuh dengan kapal-kapal kami. Kata mereka - Al-Fatih buat keajaiban terbesar! Daratan sudah jadi lautan. Al-Fatih melayarkan kapalnya digunung dan bukannya di ombak lautan! Al-Fatih mengatasi Alexander The Great!“Setelah 54 hari kami mengepung SelatBosphorus, kami menundukkan Byzantines.Rebahlah Constantinople itu pada kebangkitan Islam ….”
“Sepuluhhhh! Sembilaannn!….” Laungan itu singgah juga pada gegendang kami yang berteleku pada tangga masjid.“Ya. Betul! Kita perlukan jiwa-jiwa seperti Al-Fatih untuk memimpin sebuah nusa yang benar-benar merdeka. Kitalah… iya kita! Kita perlu tuangkan roh-roh agama pada acuan-acuan muda,sebagaimana aku dipayungi ilmuwan terhebat zamanku, Asy-Syeikh AkSemsettin, tuan guru yang palingku cintai!” Lelaki tua yang aneh itu terus-terus berceritera, langsung tidakmempedulikan hingar-bingar dan keriuhanmanusia yang mengira detik dua belas terpacak.“…kalau tidak, kita akan kembali tergagau mengisi makna-makna kemerdekaan sebenarnya. Kita, iya kitalah yang perlu mencari orang-orang muda seperti Al-Fatih itu!”
“Selamat tahun baru … hoho.” Tempik yang jantan.“Happy New Year … hoho.” Jerit yang betina.“Apa diharap padi seberang, lebih antah dari isi, apa diharap mudi sekarang,lebih mentah dari menjadi …” ada kehibaan pada hujung sebuah pantun pusaka. Anak kecil itu mengeluh resah.Kami bertiga terus melongo di kakimasjid - mencari jiwa merdeka seperti Al-Fatih itu.
Biodata Addeen Bandarsepi
MOHD Izuddin Mahamad Nazir dilahirkandi Kangar, Perlis dan sangat meminati penulisan kreatif meskipun terdidikdalam bidang Kejuruteraan Mekanikal diUniversiti Ibaraki, Jepun. Beberapakarya beliau pernah mendapat tempat dalam media arus perdana dan kini berkhidmat sebagai Jurutera di SatoBarcode.

1 comment:

Hidayah Shahidan said...

sangat berinspirasi! :-D