Monday, November 26, 2007

masih ada waktu
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah rasa cintaku kepadamu."
Waktu semakin ke penghujung. Waktu pulang ke tanahair. Tidak pasti perasaan yang mana satu mendominasi diri. Samada sedih atau gembira tidak dapat dipastikan.
Berpisah dengan kakak dan adik yang dikasihi. Semoga pertemuan kalau tidak di bumi, di jannah insya-Allah. Terngiang-ngiang kata-kata banyak orang akan kepentingan ukhuwah. Sekarang jelas, mengharungi jalan yang bersongsangan dengan norma masyarakat akan terasa lelah dan kering andai kenikmatan dan penghargaan terhadap ukhuwah kerana Allah itu tidak terasa di hati. Diri pernah kekeringan, dan mungkin akan lagi kerana Allah tidak henti-henti menguji manusia selagi mana belum tamat proses penapisan memilih ahli taman syurga.
Kasih dan rahmat Tuhan akan sentiasa membasahi jiwa yang kering andai aku mencarinya. Indahnya memiliki sahabat-sahabat yang cepat memahami.
Sekali lagi,
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu, sekiranya hilang agama dalam dirimu maka hilanglah rasa cintaku terhadapmu."
Jazakillah.

No comments: