Sunday, March 25, 2007

politik
Suatu hari bersesi bersama Mbak Lusi. Taaruf. Jadi si MJ pun memberitahu minat Mbak Lusi terhadap politik. Dalam hati "Wah, minat politik". Kerana saya belum ikut sangat situasi politik terutamanya di Malaysia. Ikut tapi jarang-jarang. Bukannya apa, tak suka dengan gaya penulisan yang membahaskan tentang politik. Seperti ruangan gossip artis-artis tempatan. Kan baik kalau tulisnya berhemah sedikit. Lagipun saya ada satu pemikiran yang hal-hal politik ini jarang membicarakan tentang kepentingan umat secara keseluruhannya. Lebih kepada keburukan ahli-ahli politik itu sendiri.
Kata Mbak Lusi, "tidak lah terlibat, tapi penting untuk ambil tahu supaya tidak ditipu".
Saya tergamam sorang-sorang. Saya kira Mbak Lusi lebih tahu situsi politik di Malaysia dari saya sendiri padahal dia orang Indonesia. Teringat salah-satu ciri yang patut ada pada seorang individu Muslim.. "berpengetahuan luas". I should work out on it more.

No comments: