Wednesday, March 14, 2007

sibuk ya?

Masa..pening kepala aku dibuatnya...
Banyak sekali tanggungjawab, menuntut kebijaksanaan mengurusnya,
kadang-kadang terasa sesak nafasku, aku jadi malas, lantas kembali kepada perangai yang lama.
Tapi semestinya takkan aku nak membiarkan kemalasan aku berlarutan.
Lagi satu, angan-angan.. Angan-angan memakan masa ku yang berharga ini.
Telah banyak kali aku katakan pada diri, jangan berkhayal, jangan terlalu banyak berehat.. kerana itu tarikan syaitan,
Selagi aku menurut tarikan syaitan, selagi itulah aku kembali kepada yang lama.
Sesungguhnya kewajipan lebih banyak dari masa.
Aku cemburu dengan mereka yang gembira dengan kesibukan mereka.
Aku juga sibuk, tapi aku merasa tak selesa dengannya.
Ya Tuhan berilah aku kekuatan.
Lepaskan aku dari bebanan yang tak sepatutnya, tinggalkan daku bebanan yang sebenarnya keringanan buat diriku menghadapi alam yang kekal.
Ya Allah, perkenankanlah.

No comments: